Raja Ahmad Ashahri semakin hampiri gelaran juara keseluruhan kategori BMX selepas menjuarai pusingan pertama dan kedua.
Raja dari Selangor kini menerajui saingan BMX dengan 20 mata penuh mengatasi pencabar terdekatnya Shahrulnizam Ahmad dengan kelebihan 9 mata.
Shahrulnizam menambah empat lagi mata apabila meraih tempat ketiga di Kuantan.
Persembahannya terganggu selepas gagal meneruskan saringan keempat akibat mengalami kebocoran tayar.
Tempat kedua dirampas Ahmad Sholehen Misyono dari Melaka, sekaligus merampas kedudukan ketiga keseluruhan daripada Idham Ahmad yang tidak menyertai pusingan kedua di Kuantan.
Situasi berbeza bagi perebutan kejuaraan kategori skateboarding yang masih terbuka.
Juara pusingan pertama di Pulau Pinang Azreen Azman sekadar menduduki tempat ketiga selepas mengalami kekejangan otot paha akibat terjatuh pada saringan ketiga.
Atlet DC Shoes Malaysia, Arina Rahman muncul juara sementara adiknya, Izzul Yusof mendapat tempat kedua, kedudukan yang sama diperoleh di Pulau Pinang.
Azreen berkongsi 14 mata dengan Izzul namun menerajui kedudukan teratas hasil kelebihan merangkul gelaran juara di Pulau Pinang.
Arina bakal menyertai pusingan ketiga di Johor Bahru pada 5 dan 6 Oktober nanti dalam usaha merampas takhta yang dimiliki Azreen.
Rakaman bagi pusingan kedua di Kuantan Pahang akan disiarkan pada 28 September ini jam 8:30 malam di Astro AWANI.
Ian Johan Ariff
Tue Sep 10 2013
PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menceburi perniagaan produk makanan berasaskan ayam bagi menjana pendapatan dalam usaha membantu membangunkan ekonomi dan kebajikan ahli.
Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.
Usah bangkit isu perpaduan, dimanipulasi pihak tertentu
Isu perpaduan di Malaysia seharusnya tidak lagi menjadi perdebatan utama selepas lebih enam dekad negara mencapai kemerdekaan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
Zelenskiy setuju tawar AS perjanjian nadir bumi dan mineral
Zelenskiy menekankan keperluan Ukraine untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada sekutunya sebagai sebahagian daripada sebarang penyelesaian.
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Presiden Trump umum akan memecat ejen FBI yang didakwa korup dalam siasatan serangan 6 Januari 2021. Pentadbirannya setuju untuk tidak mendedahkan nama ejen buat sementara waktu.
Jepun gandakan perbelanjaan pertahanan
Presiden Trump umum Jepun tingkat belanja pertahanan menjelang 2027. AS komited terhadap keselamatan Tokyo, meluluskan hampir satu bilion dolar dalam jualan ketenteraan asing minggu ini.
Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO
Semua pencarum PERKESO tidak perlu lagi membayar untuk rawatan perubatan di klinik panel bermula tahun ini.
AS, Jepun perkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menerima kunjungan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, di White House dan menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk mengurangkan defisit perdagangan Amerika dengan Jepun.
Netanyahu puji tindakan Trump sekat ICC
Netanyahu, bercakap bersama Speaker Dewan Rakyat Amerika Mike Johnson, mengucapkan terima kasih di atas kerjasama berterusan dengan Israel.
Raja Ahmad semakin hampiri gelaran juara Liga Mini Ramp Adrenalin DC
Raja kini menerajui saingan BMX dengan 20 mata penuh mengatasi pencabar terdekatnya Shahrulnizam Ahmad dengan kelebihan 9 mata.
Perebutan gelaran juara Mini Ramp Adrenalin DC diteruskan
Dapatkah Azreen Azman mempertahankan gelaran skateboarding dan Raja Ahmad Ashahri mengekalkan gelaran BMX?