Jenama fesyen gergasi Gucci mengejutkan tetamu Minggu Fesyen Milan di Itali apabila ia menampilkan model yang bukan sahaja memperagakan koleksi mereka malah model tersebut turut sama mengendong replika kepala mereka sendiri.
Koleksi musim luruh/sejuk 2018-2019 Gucci dihasilkan oleh pengarah kreatifnya, Alessandro Michele.
Menurut laporan majalah fesyen Vogue replika kepala model itu mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan dan direka di Rom.
Bukan itu sahaja malah pentas peragaan Gucci turut direka seolah oleh bilik bedah sebuah hospital.
Namun tak semuanya senang dengan sesi peragaan itu, ramai netizen yang berang dan memberikan reaksi berbeza terhadap pertunjukan tersebut.
Selain membawa replika kepala sendiri, model Gucci juga turut membawa beberapa elemen misteri lain seperti ular dan anak naga.
Najib Aroff
Fri Feb 23 2018

Selain membawa replika kepala sendiri, model Gucci juga turut membawa beberapa elemen misteri lain seperti ular dan anak naga. - Foto AstroAwani

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

Ramai terkejut, model Gucci kendong kepala sendiri
Replika kepala model itu mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan dan direka di Rom.