Cef TV dan pemilik restoran berusia 58 tahun itu, yang terkenal dengan program realiti TV Hell's Kitchen dan Ramsay's Kitchen Nightmares, baru-baru ini melancarkan Lucky Cat 22 Bishopsgate oleh Gordon Ramsay - yang menampilkan model patung kucing Jepun yang melambai-lambai yang dipanggil maneki-neko.
Ramsay memberitahu rancangan The Jonathan Ross Show terbitan ITV yang dia mempunyai masalah dengan pasangan yang memasuki tandas bersama dan turut mendedahkan bahawa terdapat banyak kes kecurian.
Dia berkata: "Patung kecil kucing-kucing itu dicuri. Terdapat 477 yang dicuri minggu lepas - harganya GBP4.50 setiap satu."
Jumlah ini bermakna kehilangan sejumlah GBP2,146.50 (US$2,719) dalam seminggu.
Polis Bandar Raya London bagaimanapun mengesahkan belum menerima sebarang laporan berhubung kecurian di restoran itu.
The Jonathan Ross Show bersiaran pada Sabtu, 9.30 malam (2130 GMT) di saluran ITV1 dan ITVX.
-- BERNAMA
