BUKAN mudah untuk seorang lelaki berhenti merokok lebih-lebih lagi yang sudah berpuluh tahun merokok.
Itulah yang dilalui oleh bapa tunggal kepada tiga cahaya mata lelaki ini.
Yang membuatnya tekad untuk berhenti merokok 8 tahun yang lalu apabila dia menimang cahaya mata sulung dan rasa bersalah terhadap zuriatnya itu.
Pagi ni genap 8 tahun aku berhenti merokok.
Jadi aku celebrate dan mengenang achievement aku dengan breakfast nasi minyak, ayam masak merah dan secawan teh o kosong.
Aku merokok sejak tingkatan 1, social smoker gitu. Masuk tingkatan 3 dah jadi smoker, masuk tingkatan 5 memang serius merokok dan jadi penjual rokok.
Masuk universiti terus merokok dengan jayanya dan mula bekerja lagilah berjaya sebagai perokok tegar.
Total, 27 tahun aku merokok. Lama wehhh, asap tu dah sebati dalam paru-paru aku.
Bila anak sulung lahir, aku rasa bersalah pulak pada anak. Setahun aku tak merokok dalam rumah, tak merokok dalam kereta atau mana sahaja tempat yang dekat dengan anak.
Pagi 1 Mac, bangun tidur aku terus nekad berhenti rokok. So aku ambil kotak rokok, keluarkan dan ramas hancurkan dan flush dalam toilet.
Thats it. The rest is history kata orang Muo (Muar).
Struggle?
Yer, sangat. Sebab aku berhenti terus, takde kurang-kurangkan dulu, sikit-sikit, pakai patch atau sebagainya.
Bulan pertama siksa yakmat, bulan kedua rasa lebih manageable ketagihan tu, bulan ketiga lebih lega, bulan keempat dah feel free.
Macamana aku manage?
1. Tak keluar ngopi atau ngeteh, tak jumpa orang socially. Aku takkan jumpa perokok lain. Duduk jer rumah layan anak bini.
2. Aku elakkan kerja lewat malam. Ini waktu yang aku kuat sangat merokok. So cuba siapkan kerja sebelah siang dan malam tidur awal.
3. Pendekkan masa dalam toilet. Tak bawa masuk phone, sebab ini akan prolong time dan aku back to habit merokok waktu membuang.
4. Sediakan gula-gula, chewing gum atau apa sahaja yang boleh dikunyah selepas makan. Ini waktu kritikal, lepas makan nafsu nak merokok tu membuak-buak.
5. Aku pesan kawan-kawan yang aku dalam proses berhenti rokok, kalau jumpa aku jangan sesekali offer. Kalau offer jugak, putus kawan.
Alhamdulillah, masuk bulan ke-4 aku dah boleh hadap rutin baru tanpa rokok.
Namun masih berjaga-jaga bila keluar makan minum, jumpa kawan dan sebagainya sebab iman masih lemah. Rapuh sangat lagi. Kalau ada yang merokok, aku excuse dan minta diri blah dulu.
Lepas setahun aku dah tak heran dah pasal rokok. Kawan offer pun aku tak teringin lagi dah.
Now baru aku realize yang rokok tu sangat busuk bagi aku. Haishh, waktu sedap dulu, itulah bau yang paling stim.
Anyway, yang ada niat nak berhenti, nanti start puasa boleh cuba stop terus dan cuba ikut cara aku tu. Mana tahu ngam dan berkesan untuk kau juga.
Niatlah berhenti tu untuk kebaikan diri, keluarga, masyarakat dan juga agama. Insya-Allah nanti Allah permudahkan. - Pa&Ma
Pa and Ma
Sun Mar 05 2023
Selepas lebih 27 tahun, akhirnya lelaki ini yang juga bapa kepada tiga orang anak memilih berhenti merokok.
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
10 Berita Pilihan - (15 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Petros dan Sarawak komited untuk bekerjsama dengan Kerajaan Persekutuan, PETRONAS
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.
15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Khairunnisa kuasai scratch elit wanita
Pelumba berbasikal trek pelapis wanita negara Khairunnisa Aleeya Saifulnizam mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memenangi perlumbaan scratch elit wanita pada Siri Trek ASEAN (Piala Presiden).
Masih ada MP degil merokok dalam bangunan Parlimen
Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mendakwa, masih terdapat ahli Parlimen yang tidak menghormati peraturan ditetapkan dengan merokok dalam bangunan Parlimen walaupun larangan telah dikeluarkan.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
KKM keluarkan RM24.5 juta kompaun merokok di tempat larangan
Angka berkenaan meningkat berbanding bilangan notis dikeluarkan sepanjang tahun lepas iaitu 96,127 dengan nilai kompaun RM24 juta.
Olimpik Paris 2024: Gimnas Jepun dihantar pulang kerana merokok
Miyata dilaporkan bakal berdepan sesi soal jawab oleh Persekutuan kebangsaan Jepun dan universitinya di Tokyo.
8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi
Sebanyak 8,803 kompaun bernilai lebih RM2 juta dikeluarkan KKM pada bulan lepas atas kesalahan merokok dan kawalan demam denggi.
Kerajaan bakal tanggung kos rawatan penyakit EVALI RM369 juta setahun pada 2030 - Dr Zaliha
Kajian menunjukkan kos rawatan bagi penyakit EVALI adalah RM150,000 bagi setiap pesakit.
Isu GEG: AGC dakwa telah beri pandangan undang-undang secara konsisten sejak 2022
Kenyataan AGC hari ini memaklumkan bahawa peruntukan itu adalah bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Lebih 43,000 pelajar sekolah menengah dikesan merokok
Saringkan 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) mendapati seramai 43,019 pelajar terlibat dengan tabiat merokok.
"Rasa bersalah dengan anak" genap 8 tahun berhenti merokok, bapa ini kongsi tip
Selepas lebih 27 tahun, akhirnya lelaki ini memilih berhenti merokok.
RUU KPTM mampu cegah generasi muda terjebak tabiat merokok, vape
Ia merupakan langkah tepat bagi melindungi generasi muda daripada terjebak dengan tabiat merokok, selain mengurangkan kematian akibat penyakit berkait rokok dan vape.