Lebih manis, gambar pertama dalam akaun tersebut adalah bersama isteri, pendamping setianya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Hari ini saya mulakan akaun Instagram saya dengan gambar bersama Hasmah. Isteri saya selama 62 tahun, yang sentiasa setia bersama saya sejak dulu lagi. As doctors, laughter is indeed the best medicine.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkahwin dengan Tun Dr Siti Hasmah pada 4 Ogos 1956 dan mereka dikurniakan tujuh cahaya mata.