Dengan gabungan keupayaan AI multimodal dan sistem operasi One UI 7, siri ini menawarkan pendekatan revolusioner terhadap interaksi digital, menjadikannya telefon pintar paling intuitif dan berkuasa.
Menurut Ketua Pemasaran Produk Perniagaan MX Samsung Malaysia Electronics, Luke Au, teknologi baharu ini direka untuk meningkatkan cara pengguna berinteraksi dengan peranti mereka.
“Tahun lalu, kami memperkenalkan Galaxy AI dan memimpin industri dengan Galaxy S24 melalui ciri AI yang komprehensif. Tahun ini, Galaxy S25 mempertingkatkan ciri tersebut dan memperkenalkan True AI Companion dengan keupayaan multimodal.
“Anda kini boleh merasai Galaxy AI merentasi pelbagai jenis data, termasuk teks, audio, imej, dan video,” katanya ketika majlis pelancarannya di ibu negara.
Tambahnya, beliau juga teruja dengan ciri baharu Now Brief yang bukan sahaja dapat memahami kelakuan harian pengguna tetapi turut memberikan cadangan tepat bagi memaksimumkan produktiviti seharian.
Antara ciri menarik lain yang diperkenalkan termasuk Call Transcript, Writing Assist dan teknologi privasi seperti Knox Vault bagi memastikan data pengguna kekal terjamin.
Sistem pemprosesan Snapdragon® 8 Elite for Galaxy turut memberikan peningkatan prestasi sehingga 40 peratus berbanding model sebelumnya agar pengalaman AI lebih lancar dan pantas.
“Pertama sekali, untuk pelanggan Samsung Reservation Plus, sila semak emel anda dan tebus e-baucar bernilai sehingga RM600. Kedua, nikmati naik taraf storan berganda bernilai sehingga RM600.
“Akhir sekali, nikmati potongan tambahan RM400 jika anda membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau kad debit CIMB. Jadi, jumlah manfaat yang boleh diperoleh adalah sehingga RM1600 apabila anda membuat prapesanan sekarang,” tambahnya.
Siri Galaxy S25 hadir dalam pelbagai pilihan warna termasuk Titanium Silverblue, Titanium Gray, Titanium Whitesilver dan Titanium Black serta warna eksklusif lain bagi pembelian atas talian.
Untuk maklumat lanjut dan promosi menarik, layari laman web rasmi Samsung Malaysia di www.samsung.com/my.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)