IPOH: Hobi membela burung kakaktua bukan sekadar memberi makan dan minum mencukupi sebaliknya pemiliknya perlu berkorban masa serta menganggap haiwan peliharaan itu sebagai ahli keluarga sendiri.
Sebagai pemilik burung kakaktua juga, kebanyakan mereka sanggup menempuh perjalanan jauh ratusan kilometer untuk aktiviti 'freefly' atau 'membebaskan' burung peliharaan itu sebagai aktiviti riadah demi memastikan perasaannya sentiasa terjaga termasuk mengelak stres.
Menurut pemilik, burung kakaktua yang menghadapi stres boleh merajuk atau biasanya bertabiat mencabut bulunya sendiri, namun jika dijaga dengan rapi, memelihara haiwan ini merupakan aktiviti yang menyeronokkan.
Seorang peniaga pakaian terpakai Mohd Rozilan Mat Yusoff, 43, dari Alor Setar, Kedah berkata, dia pada mulanya hanya menonton video di YouTube berkenaan penjagaan serta pelbagai kandungan daripada pemilik burung kakaktua, malah terkejut kerana warga Malaysia turut terlibat dengan hobi itu.
Semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020, Rozilan bersama isterinya Steaphnie Saiful Ahmad Savaran, 33, mula berminat untuk membela burung kakaktua.
"Nak kata susah (membela burung kakaktua), tak susah dan hobi itu mengalahkan wang ringgit. Saya bela burung pun daripada mereka kecil lagi kerana mudah untuk membentuk ikatan berbanding yang sudah dewasa," katanya kepada Bernama.
Steaphnie pula berkata, minat membela burung kakaktua itu merupakan satu hobi yang tidak dirancang olehnya dan suami malah pernah kecewa apabila dua daripada tiga ekor burung kakaktua mereka telah dicuri pada Ogos tahun lepas.
"Kejadian itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan hobi ini dan membela lebih banyak burung kakaktua sebab dah sebati dengan burung itu. Rasa sayang dengan kakaktua itu memang kekal," katanya yang memiliki 10 ekor burung kakaktua pelbagai jenis berusia antara tiga bulan hingga tiga tahun.
Sementara itu, peniaga makanan Mohamad Fakharuddin Mumfit, 35, berkata, aktiviti 'membebaskan' burung kakaktua secara berkumpulan juga secara tidak langsung dapat merapakan silaturahim antara peminat serta pemilik haiwan peliharaan itu.
Mohamad Fakharuddin yang memiliki tiga ekor burung kakaktua berkata, minat membela haiwan peliharaan itu disifatkan sebagai satu hobi yang tidak mahal jika dibandingkan dengan minat lain seperti mengubah suai kereta, yang penting kemahuan sendiri.
"Kalau ada yang minat (bela burung kakaktua), jangan takut, Insya-Allah boleh dan masa kena beri kepada burung itu, dilayan macam anak atau keluarga sendiri dan tidak boleh buat mereka stres," katanya yang berasal dari Langkawi, Kedah.
Pemilik tiga ekor burung kakaktua, Fahmi Abu Bakar, 38, yang berasal dari Batu Pahat, Johor berkata, dia menggunakan kesempatan melakukan aktiviti 'membebaskan' haiwan peliharaannya itu dengan beriadah bersama keluarganya.
Fahmi berkata, program besar aktiviti 'membebaskan' kadangkala diadakan sekali setahun, namun tidak menjadi masalah kerana hampir setiap minggu pada Jumaat dan Sabtu dia cuba meluangkan masa untuk melakukannya bersama keluarga di Johor.
"Tahun lepas Terengganu (acara besar), tetapi tiada masalah macam hari ini, saya sanggup datang (ke Perak) untuk beriadah bersama keluarga. Hari ini saya bawa mak, ayah, isteri dan anak (seorang) saya untuk tengok burung kakaktua freefly," katanya.
Pada pendapatnya, kesemua jenis hobi boleh dianggap mahal termasuk membela burung kakaktua, namun paling penting adalah kepuasan dinikmati masing-masing apabila melakukan sesuatu perkara.
Kesemua pemilik kakaktua ditemui pada program Silaturahim Santai Free Fly anjuran Perak Parrot Community yang diadakan di Iskandar Polo Club, di sini, baru-baru ini.
Presiden Perak Parrot Community Mohd Fairul Mohd Mustafa, 40, berkata penganjuran program itu mengumpulkan hampir 200 orang termasuk pemilik serta peminat burung kakaktua dari seluruh negara.
- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023

Aktiviti 'freefly' merupakan riadah demi memastikan perasaan kakaktua sentiasa terjaga termasuk mengelak stres. - Gambar BERNAMA
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Sanggup tempuh perjalanan jauh demi 'menjaga' hati si kakaktua
Aktiviti 'freefly' merupakan riadah demi memastikan perasaan kakaktua sentiasa terjaga termasuk mengelak stres.

Kakaktua sebabkan pinggul doktor terkehel, pemilik diperintah bayar AS$91,350
Seorang lelaki di Taiwan diperintah membayar ganti rugi NT$3.04 juta (AS$91,350) kepada doktor yang mengalami kecederaan selepas diserang burung kakaktua peliharaan lelaki itu.

Buruh mengaku tidak bersalah curi burung kakaktua
Mahkamah menetapkan 15 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Gambar atas kotak pensil warna pupuk hobi bela burung kakaktua
Setiap hujung minggu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, sekawan burung kakaktua pelbagai warna akan 'berlibur' di pinggiran sebuah kawasan perumahan di Cyberjaya dengan ditemani pemilik