KUALA LUMPUR: Bidang kesusasteraan perlu diangkat darjatnya dalam semua aspek kerana ia merangkumi sosio ekonomi, budaya dan peradaban serta tidak lapuk ditelan zaman, tegas seniwati Datin Sofia Jane Hisham.
Menurut Sofia, perjuangan untuk mengangkat martabat kesusasteraan memerlukan komitmen semua pihak dan wajar untuk dijadikan panduan terutamanya dalam usaha pembangunan industri seni tanah air.
Justeru, aktres filem Hanyut itu menyeru generasi muda untuk mendalami dan menghayati bidang kesusasteraan bagi memastikan ia terus dipelihara dan mendapat penglibatan tinggi generasi ke generasi.
"Kita ingin membuka minda dan mata generasi muda bahawa bahasa sastera, puisi, bahasa klasik harus diambil secara serius dan ia harus diraikan kerana ia satu bentuk yang begitu indah sekali.
"Generasi muda saya rasa paling dekat sekali apabila penglibatan dari segi mendengar atau menonton adalah melalui lagu-lagu seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan sebagainya tetapi ia harus bergerak lebih daripada itu bukan hanya daripada segi nyanyian tetapi harus juga dari segi lakonan, filem dan teater," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam perbincangan 'Cipta Citra: Hari Puisi Sedunia' bersama penyanyi dan penyair muda ASEAN 2015, Umar Uzair di AWANI Pagi, pada Sabtu.
Program Cipta Citra: Hari Puisi Sedunia diadakan bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2024 yang menampilkan pelakon, sasterawan dalam dan luar negara untuk mendendangkan puisi sempena meraikan Hari Puisi Sedunia di Ipoh, Perak, pada 8 dan 9 Mac ini.
Sementara itu, Umar berkata, program berkenaan merupakan satu usaha untuk mendekatkan sasterawan dengan masyarakat.
"Saya berharap Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) dapat mengangkat elemen sastera dan puisi sebagai elemen pelancongan dalam negara selain daripada elemen tempat, makanan dan lain-lain.
"Elemen puisi kita ada elemen sastera kita yang kuat yang patut dijenamakan di peringkat antarabangsa, saya harap MOTAC dapat mengangkat acara ini sebagai satu acara utama bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan dimasukkan dalam kalendar pelancongan supaya masyarakat Malaysia dan luar negara dapat melihat sastera Melayu kita," ujarnya.
Afiezy Azaman
Sat Feb 17 2024
![Sastera wajar disenarai antara acara utama Tahun Melawat Malaysia 2026 - Sofia Jane Sastera wajar disenarai antara acara utama Tahun Melawat Malaysia 2026 - Sofia Jane](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708146569_AWANIPagi.jpg)
Menurut Sofia, perjuangan untuk mengangkat martabat kesusasteraan memerlukan komitmen semua pihak, sementara Umar berharap MOTAC dapat mengangkat elemen sastera dan puisi sebagai elemen pelancongan dalam negara.
![Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81656909224_AzrilMohdAmin.jpg)
Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel.
: Red flags to watch out for while job-seeking in 2025
With job scams on the rise, Nicholas Lam, Managing Director of JobStreet by SEEK Malaysia, highlights 2025’s emerging trends and tactics used to lure job seekers.
AWANI Tonight: Nearly 2,000 GLCs to face audits this year
Nearly 2,000 government-linked companies will undergo audits this year as part of the government’s efforts to address governance issues.
AWANI Ringkas: Sistem e-Selfaudit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (6 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [6/2/2025] – Tragedi helikopter di Bentong | Ziana, Jalaluddin, Sheikh Muszaphar beri keterangan | Garis panduan di rumah ibadat bukan Islam
- Jurutera maut dilibas bilah helikopter dalam nahas di Bentong
- Fokus keterangan tiga selebriti, SPRm teliti jumlah bayaran diterima
- Kabinet bincang garis panduan orang Islam dalam rumah ibadat bukan Islam
- Kementerian Pendidikan tidak kompromi pelajar hisap vape
- Fokus keterangan tiga selebriti, SPRm teliti jumlah bayaran diterima
- Kabinet bincang garis panduan orang Islam dalam rumah ibadat bukan Islam
- Kementerian Pendidikan tidak kompromi pelajar hisap vape
![Ketua Audit Negara gesa syarikat kerajaan guna pakai sistem e-SelfAudit sepenuhnya Ketua Audit Negara gesa syarikat kerajaan guna pakai sistem e-SelfAudit sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738839864_WanSurayaWanMohd.jpg)
Ketua Audit Negara gesa syarikat kerajaan guna pakai sistem e-SelfAudit sepenuhnya
Syarikat-syarikat milik kerajaan digesa mengguna pakai sistem e-SelfAudit sepenuhnya sebagai pembaharuan dalam kaedah pengauditan bagi memantapkan tata kelola syarikat kerajaan.
![Hakim persekutuan AS sekat perintah Trump hapuskan kewarganegaraan melalui kelahiran Hakim persekutuan AS sekat perintah Trump hapuskan kewarganegaraan melalui kelahiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738551621_DonaldTrump.jpg)
Hakim persekutuan AS sekat perintah Trump hapuskan kewarganegaraan melalui kelahiran
Seorang hakim persekutuan mengeluarkan perintah injunksi awal untuk menghentikan perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menamatkan hak kewarganegaraan kelahiran.
Trump mahu Gaza: Rakyat AS akan bangkit menentang - Penganalisis
Profesor Hubungan Antarabangsa UNISZA dan Felo Kanan Hal Ehwal Antarabangsa Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh berkata rakyat Amerika Syarikat dijangka akan bangkit dan mengadakan demonstrasi terhadap keputusan Presiden Donald Trump untuk mengambil alih Gaza. Bekas tahanan Israel pada tahun 2018 itu menjelaskan bantahan itu susulan keputusan berkenaan jelas merugikan negara berkenaan. #DialogTigaPenjuru
Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Azril Mohd Amin berkata mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel. Jelasnya, mekanisme ini merupakan satu prinsip yang telah diiktiraf diperingkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). #DialogTigaPenjuru
![Peruntukan RM50 juta mampu dukung matlamat DBP segarkan bahasa dan kesusasteraan Peruntukan RM50 juta mampu dukung matlamat DBP segarkan bahasa dan kesusasteraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656422487_DewanBahasa.jpg)
Peruntukan RM50 juta mampu dukung matlamat DBP segarkan bahasa dan kesusasteraan
DBP berharap aktiviti bahasa dan kesusasteraan akan sentiasa segar serta menjadi wahana penting dalam mendidik masyarakat MADANI.
![Perdana Menteri berminat lawat Moscow, St. Petersburg Perdana Menteri berminat lawat Moscow, St. Petersburg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725665324_AnwarIbrahim.jpg)
Perdana Menteri berminat lawat Moscow, St. Petersburg
Datuk Seri Anwar teruja dengan lawatan sulungnya ke Rusia, yang sebelum ini hanya diketahuinya menerusi kesusasteraan negara itu.
![Gapena disaran guna pentas media baharu hasilkan karya - Ahmad Zahid Gapena disaran guna pentas media baharu hasilkan karya - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714893706_AhmadZahidHamidi.jpg)
Gapena disaran guna pentas media baharu hasilkan karya - Ahmad Zahid
Gapena disaran menggunakan pentas media baharu seperti media sosial sebagai saluran menghasilkan karya budaya, kesusasteraan dan seni.
![Sastera wajar disenarai antara acara utama Tahun Melawat Malaysia 2026 - Sofia Jane Sastera wajar disenarai antara acara utama Tahun Melawat Malaysia 2026 - Sofia Jane](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708146569_AWANIPagi.jpg)
Sastera wajar disenarai antara acara utama Tahun Melawat Malaysia 2026 - Sofia Jane
Bidang kesusasteraan tanah air perlu diangkat darjatnya dalam semua aspek.
![Ketengahkan persembahan Randai, pelihara warisan Negeri Sembilan Ketengahkan persembahan Randai, pelihara warisan Negeri Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694955576_TBNicoleTan.jpg)
Ketengahkan persembahan Randai, pelihara warisan Negeri Sembilan
Langkah itu bagi memelihara warisan tradisi Negeri Sembilan terutama kepada generasi muda selain mempromosikan dan menjadikan persembahan itu sebagai tarikan pelancong.
![SIBF 2021 bermula, alu-alukan ketibaan penerbit, pengkarya dari seluruh dunia SIBF 2021 bermula, alu-alukan ketibaan penerbit, pengkarya dari seluruh dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71635979121_SIBF.jpg)
SIBF 2021 bermula, alu-alukan ketibaan penerbit, pengkarya dari seluruh dunia
Pesta buku ketiga terbesar di dunia itu berlangsung sehingga 13 Nov ini.
![Penulis legenda novel perisik John le Carre meninggal dunia Penulis legenda novel perisik John le Carre meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607914574_BritishauthorJohn.jpg)
Penulis legenda novel perisik John le Carre meninggal dunia
Mendiang meninggal dunia selepas mengalami radang paru-paru.
![Pendidikan kerja sepanjang hayat - Tun Mahathir Pendidikan kerja sepanjang hayat - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61538899175_TunMAnugerah.jpg)
Pendidikan kerja sepanjang hayat - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa semua rakyat untuk tidak berhenti daripada belajar kerana pendidikan adalah kerja sepanjang hayat.
![Bob Dylan akhirnya terima Hadiah Nobel, lebih tiga bulan selepas majlis anugerah Bob Dylan akhirnya terima Hadiah Nobel, lebih tiga bulan selepas majlis anugerah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/41491102303_BobDylan.jpg)
Bob Dylan akhirnya terima Hadiah Nobel, lebih tiga bulan selepas majlis anugerah
Penyanyi dan penulis lirik Bob Dylan dianugerahkan Hadiah Nobel dalam kesusasteraan pada Sabtu di satu majlis khas di Stockholm, Sweden.