SATU untuk semua, Panggung Pantai merupakan platform terbaharu untuk semua golongan dalam usaha menggerakkan budaya membaca dan mengenali seni masyarakat di Terengganu.
Bertempat di Uptown Kontena, Pantai Tok Jembal Terengganu, Panggung Pantai menyediakan ruang untuk tiga bahagian iaitu Panggung Budaya, Panggung Visual dan Panggung Buku.
Panggung Buku menyediakan perpustakaan untuk orang awam dengan bahan bacaan secara percuma.
Manakala Panggung Visual akan menayangkan filem pendek atau filem-filem indie dan mengadakan sesi diskusi secara terbuka mengenai filem yang ditayangkan.
Sementara Panggung Budaya pula menyediakan pentas untuk sebarang persembahan seni budaya masyarakat dan menjemput orang awam untuk hadir ke persembahan tersebut sebagai platform perkongsian dan pengenalan menikmati seni.
Lebih santai dan mesra pengguna, Panggung Pantai mahu setiap sudut dan ruang yang disediakan dapat dimanfaatkan pengunjung dengan sewajarnya.
Bagi tujuan tersebut, Panggung Pantai menganjurkan Pesta Buku pada Ahad lalu, bertemakan Buku Untuk Semua, sebagai salam perkenalan kepada penduduk di sekitar Terengganu.
“Objektif penganjuran pesta ini adalah untuk memperkenalkan Panggung Pantai kepada komuniti di Terengganu dan bertujuan mengumpul dana bagi projek Panggung Pantai untuk acara buku, filem, seni dan budaya di Terengganu,” kata Pengasas Panggung Pantai, Fazrul Azril.
Anak muda berusia 25 tahun ini berkata, kesemua buku tersebut dikumpul hasil sumbangan orang ramai yang kemudiannya diletakkan di Panggung Buku untuk tatapan pengunjung.
Selain daripada buku-buku percuma yang boleh dibaca, pesta buku itu turut dimeriahkan dengan penampilan khas daripada Lepat atau nama sebenarnya Ismail Arifin seorang pelukis dan penulis yang berkongsi cerita serta pengalaman beliau menerusi jelajah bukunya.
Meskipun ini yang pertama, namun ia amat membanggakan.
“Kami cuma mempunyai lima sukarelawan yang bersama-sama dalam menyiapkan semua yang kami cuba buat.
"Alhamdulillah dengan bantuan rakan-rakan dari @UptownKontena dan Mandalika, kami berjaya menyusun dan menganjurkan acara pertama kami,” ujarnya lagi.
Beliau berharap, inisiatif ini dapat membantu masyarakat khusunya penduduk di sekitar Terengganu dalam memperjuangkan budaya membaca dan seni tanah air.
Khairunnisa Kasnoon
Thu Jul 19 2018
Panggung Pantai ambil inisiatif galak anak muda terap budaya membaca, berpuisi dan berkarya - Foto Twitter PanggungPantai
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
10 Berita Pilihan - (15 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Petros dan Sarawak komited untuk bekerjsama dengan Kerajaan Persekutuan, PETRONAS
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.
15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Khairunnisa kuasai scratch elit wanita
Pelumba berbasikal trek pelapis wanita negara Khairunnisa Aleeya Saifulnizam mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memenangi perlumbaan scratch elit wanita pada Siri Trek ASEAN (Piala Presiden).
Budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat
Menerusi data Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia, dalam setahun rakyat di negara ini mengambil masa sembilan jam 22 minit seminggu untuk membaca 16 naskhah bercetak dan lapan digital.
Karnival Baca Perdana 2024: Pemacu perpaduan dan pembudayaan ilmu
Karnival Baca Perdana 2024 anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia dijangka menjadi jambatan penghubung masyarakat berbilang kaum melalui buku dan bahan bacaan.
Pendigitalan tidak noktahkan ekosistem penerbitan buku fizikal - KP Pendidikan
Inisiatif pendigitalan industri buku tidak akan sesekali menoktahkan ekosistem penerbitan buku secara fizikal malah sebagai pelengkap dalam memartabatkan industri berkenaan.
PM seru anak muda bangkit selamatkan negara dengan ilmu, budaya membaca
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru anak-anak muda agar bangkit menyelamatkan Malaysia dengan ilmu, kesedaran dan semangat melalui budaya membaca.
MBKM, agensi berkaitan perlu lebih giat majukan industri penerbitan buku - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu budaya membaca dalam kalangan rakyat di negara ini dipupuk secara berterusan.
Budaya membaca berdepan cabaran digital sehingga sumber tradisi diketepikan - PM
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bagaimanapun perkara itu bukan penghalang untuk menghidupkan budaya membaca.
Pesta buku di KLCC jadi tarikan pengunjung
Ada pengunjung yang 'berehat' seketika daripada aktiviti kunjung-mengunjung sempena Aidilfitri, dengan melawat pesta buku itu.
Satu untuk semua, Panggung Pantai 'port' baharu lepak berilmiah
Bertempat di Uptown Kontena, Pantai Tok Jembal Terengganu, Panggung Pantai menyediakan ruang untuk tiga bahagian iaitu Panggung Budaya, Panggung Visual dan Panggung Buku.
Memupuk budaya membaca ke arah kecemerlangan negara
Buku mempunyai peranan yang penting dalam mencipta dan seterusnya merangsang perkembangan ilmiah dan seterusnya tamadun manusia.