"I miss her so much (saya sangat rindukannya)..." ungkapan pertama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila ditanya mengenai cucu tunggalnya, Jeanelle Nika Mandagie.
Jeanelle Nika Mandagie yang lahir pada 1 Nov lalu merupakan cahaya mata sulung anak perempuan Ismail Sabri, Datin Nina Sabrina dengan pasangannya Datuk Jovian Mandagie yang merupakan pereka fesyen terkenal.
Ismail Sabri berkata beliau sudah tiga minggu tidak berjumpa dengan cucunya yang mendapat gelaran Princess Mandagie kerana kesibukan berkempen selaku calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera.
"Selalunya setiap minggu kami akan berjumpa...tapi ini sudah lama tidak berjumpa. Nasib baik zaman sudah canggih, jadi keluarga akan menghantar video Jeanelle kepada saya.
"Setiap pagi sebelum berkempen, saya akan menonton video cucu sebagai pembakar semangat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Sukan Rakyat di Kampung Paya Badak di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah dua anak lelakinya, Iqbal dan Nashriq yang turut membawa isterinya Shaheerah Faeiz.
Ismail Sabri menambah merindui anggota keluarga adalah lumrah kepada semua anggota politik, kerana banyak masa perlu diluangkan untuk bersama-sama rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada mereka.
Tambahnya, menyedari amanah yang perlu dilunaskannya selaku anggota politik juga menyebabkan beliau tidak pernah 'merungut' meskipun boleh dikatakan 80 peratus daripada masanya dihabiskan di luar.
"Alhamdulillah keluarga faham dengan tuntutan tugas. Jika Sabtu Ahad orang lain boleh bersama keluarga, saya pulang ke Bera untuk berjumpa penduduk dan bertanya masalah mereka.
"Apabila ada masa terluang disebabkan ada program dibatalkan, saya segera 'update' kumpulan WhatsApp supaya kami boleh curi-curi masa untuk berkumpul. Saya percaya pada masa berkualiti," katanya.
Sementara itu, Nashriq berkata semua adik-beradiknya sudah lali dengan kesibukan bapa mereka sejak 15 tahun lalu, khususnya menjelang pilihan raya umum.
Beliau menambah beliau dan tiga adik-beradiknya akan bergilir-gilir mengikuti kempen Ismail Sabri yang dipanggil 'papa' kerana mengetahui itu adalah peluang untuk mereka berjumpa.
"Tapi tidak semestinya kami berjumpa sepanjang masa. Semalam, papa sibuk dengan kempen dan beliau hanya dapat menghubungi saya pada 12.30 tengah malam untuk memberitahu papa kini free.
"Papa ajak saya berjumpa kerana dia nak berborak. Raut wajahnya memang nampak keletihan, tapi beliau tetap mahu meluangkan masa dengan saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 05 2018

Jeanelle Nika Mandagie yang lahir pada 1 Nov lalu merupakan cahaya mata sulung anak perempuan Ismail Sabri, Datin Nina Sabrina dengan pasangannya Datuk Jovian Mandagie. - Foto Instagram princessmandagie

Warga emas hilang ketika memancing ditemukan lemas
Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Jabatan Kesihatan rampas gula-gula kenyal dijual dekat sekolah Mohamad Fahmi
JKN Pulau Pinang sedang siasat lebih lanjut keselamatan produk makanan itu, tindakan selanjutnya akan diselaras di peringkat ibu pejabat.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.
'Nak beli baju raya, rancang kewangan terlebih dahulu' - Pakar
Masyarakat disaran untuk berbelanja secara berhemah dan tidak membiarkan perancangan kewangan mereka tersasar semata-mata kerana ingin memenuhi gaya hidup atau mengikut trend menjelang perayaan Aidilfitri.
[TERKINI] Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 - DOSM
Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan hari ini mengenai keluaran Indeks Harga Pengguna (IHP), Januari 2025.

'Along Kubur' disambung reman empat hari
Perintah reman ke atas suspek dikeluarkan hingga 25 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.

50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.

Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.