Bagaimana anda boleh menunjukkan komitmen anda terhadap Kempen Derma Darah KitaSama di media sosial?
Langkah pertama, anda perlu ke laman www.astro.com.my/negaraku dan klik pada butang 'start now'.
![Sertai kempen #KitaSama](http://img.astroawani.com/2015-08/61439465473_freesize.jpg)
Seterusnya, klik 'connect' untuk membawa anda ke laman Facebook bagi menyertai pergerakan ini, dengan menukar gambar profil anda kepada lencana #ScaredNotScared bermula 13 Ogos hingga 31 Ogos 2015.
![Sertai kempen #KitaSama](http://img.astroawani.com/2015-08/71439465518_freesize.jpg)
Langkah ketiga, pilih gambar untuk profil anda dan klik butang 'next'.
![Sertai kempen #KitaSama](http://img.astroawani.com/2015-08/41439465543_freesize.jpg)
Jika anda berpuas hati dengan reka letak lencana #ScaredNotScared klik butang 'Post to Facebook'.
![Sertai kempen #KitaSama](http://img.astroawani.com/2015-08/51439465643_freesize.jpg)
![Sertai kempen #KitaSama](http://img.astroawani.com/2015-08/81439465704_freesize.jpg)
Kemudian, anda juga boleh tag kawan anda untuk mengajak mereka turut serta dalam kempen ini sebelum mengemas kini gambar tersebut di Facebook.
![Sertai kempen #KitaSama](http://img.astroawani.com/2015-08/81439466136_freesize.jpg)
Kempen Derma Darah #KitaSama bermula 14 Ogos di Johor Bahru dan berakhir di Kuching pada 16 September.
Berikut tujuh lokasi utama bagi Kempen Derma Darah KitaSama:
KSL City Mall, Johor Bahru (14 &15 Ogos)
Berjaya Mall, Kuantan (22 & 23 Ogos)
Ipoh Parade, Ipoh (29 & 30 Ogos)
Cheras Leisure Mall, Lembah Klang (5 & 6 September)
Penang Times Square, Georgetown (12 &13 September)
Oceanus Water Front Mall, Kota Kinabalu (12 &13 September)
Plaza Merdeka, Kuching (16 September)
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.astro.com.my/negaraku.