Penduduk Bintangor rata-ratanya kenal dengan Anjang Mat. Lelaki kurus, berkaca mata dan berusia lebih separuh abad itu cukup sinonim dengan imej gunting dan sikat di tangannya.
Ahamad Juki nama sebenarnya. Seorang tukang gunting rambut berusia 74 tahun yang selesa berkhidmat dengan caranya tersendiri.
Lambakan kedai gunting rambut yang tumbuh di pekan itu tidak langsung menggugat periuk nasinya. Seawal pukul 7 pagi dia sudah bersedia menunggu kehadiran pelanggan di bawah pokok tanpa kipas dan penyaman udara.
Pelanggannya pula tidak kisah menunggu. Yang penting potongannya kemas dan harga pula jauh lebih murah berbanding di tempat lain. Hanya RM6.
“Sebelum ini bayaran yang dikenakan hanya RM3, tetapi saya naikkan atas nasihat pelanggan sendiri, kerana ianya amat murah,”
Dulu, bayaran perkhidmatan yang saya kenakan kepada mereka hanya RM1 bagi dewasa dan Rm0.50 untuk kanak-kanak,” ceritanya kepada Astro AWANI.
Bagi Anjang Mat, dia tidak kisah sangat mengenai wang. Yang penting pelanggan berpuas hati dan pada masa sama dia boleh mendapat kenalan baharu.
Ini kerana pelanggan yang datang bukan hanya penduduk Bintangor, malah ada juga yang datang dari tempat lain.
“Pada hujung minggu, ada pelanggan yang datang dari Sibu, Sarikei, Julau, Entabai dan Pakan untuk bergunting rambut," katanya.
Sementara itu, bagi pelanggan setia, Iguh Nuli, hasil kerja Anjang yang kemas membuatkan ramai yang setia menunggu untuk mendapatkan khidmat gunting rambutnya.
“Sejak dulu lagi ketika saya masih bekerja di kawasan pesisir, dalam 10 tahun yang lepas, saya selalu mendapatkan khidmat Anjang.
“Kawan-kawan juga sentiasa memberitahu khidmat Anjang ini kemas dan teliti,” kongsinya.
Meniti usia senja, Anjang Mat berkata dia sedia membantu golongan muda yang mahu belajar daripadanya.
Kata Anjang Mat, ini bukan masa bagi anak muda memilih pekerjaan. Biarpun sekadar menjadi tukang guntng rambut, apa yang penting rezeki itu halal dan diusahakan atas titik peluh sendiri.
Astro Awani
Mon Sep 21 2020
Ahamad Juki yang telah menjalankan khidmat gunting rambut sejak puluhan tahun lalu belum pernah lagi mengenakan bayaran lebih RM10 kepada pelanggannya. -Gambar Astro AWANI
Elton John beri amaran perancangan AI ancam pendapatan artis, sokong McCartney
Penggunaan bahan dengan hak cipta untuk melatih model kecerdasan buatan kini menjadi subjek perundingan Kerajaan UK.
Pesawat menuju Turkiye mendarat semula di Uganda atas langkah keselamatan
Pesawat A333 itu selamat mendarat semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe pada pukul 10.50 pagi waktu tempatan.
Jawatan Yang Dipertua, empat pemimpin utama PBB tidak dipertandingkan - Nanta
Borang penamaan calon untuk tujuh jawatan Naib Yang Dipertua serta 30 ahli majlis kerja tertinggi akan mula diedarkan beberapa hari lagi.
Filipina ambil tindakan terhadap 2,765 anggota polis bermasalah pada 2024
Filipina telah mengambil tindakan disiplin terhadap 2,765 anggota polis sepanjang 2024, dengan 903 daripadanya dipecat.
Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.
Indonesia, India jalin kerjasama strategik dalam sektor digital
Kerjasama strategik ini merupakan langkah penting yang menyatukan dua kuasa digital di Asia untuk mencipta inovasi yang memberi impak.
UTeM cipta peralatan rehabilitasi bantu pulih pesakit dalam komuniti
Program itu bertujuan meningkatkan keberkesanan pemulihan fisioterapi untuk komuniti B40 di kawasan setempat.
Tahun Baharu Cina: Polis kenal pasti 21 lokasi 'blackspot' kemalangan di Terengganu
Polis juga mengenal pasti 34 lokasi yang kerap berlaku kesesakan disebabkan pertambahan kenderaan keluar masuk ketika musim perayaan di Terengganu.
MMA puji tindakan tegas terhadap klinik kesihatan haram
Dr Kalwinder menggesa orang ramai terus berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti kesihatan haram kepada pihak berkuasa tanpa kelewatan.
100 pemimpin wanita sertai program PERANTIS tahun ini - Nancy
Setiap daripada mereka akan menerima sehingga RM50,000 untuk melaksanakan program pembangunan kepimpinan dalam bidang masing-masing.
Selepas berpuluh tahun, Anjang Mat selesa gunting rambut bawah pokok
Usianya sudah melewati separuh abad, Anjang Mat masih gagah meneruskan khidmatnya sebagai tukang gunting rambut dengan saban hari duduk di bawah sebatang pokok