AMAT menyedihkan kerana ramai lelaki yang cukup memandang remeh dan tidak mengambil berat tentang bau yang ada pada badan mereka.
Malah tidak menghairankan masih ramai lagi lelaki selesa tampil di pejabat atau pun di majlis-majlis rasmi tanpa sebarang haruman atau pewangi pada badan.
Tahukah anda selain penampilan yang kemas dan personaliti diri di antara perkara yang mampu membuatkan seorang wanita tertarik kepada seorang lelaki adalah bau yang harum?
Di sinilah pemilihan dan cara menggunakan minyak wangi atau 'perfume' dengan betul memainkan peranan yang sangat penting!
Bagi sesetengah lelaki pula mereka anggap hanya perlu lakukan semburan di beberapa lokasi badan sahaja sudah mencukupi.
Tapi sebenarnya tip dan cara untuk membuatkan perfume lebih tahan lama lebih daripada itu.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa tip bagaimana anda boleh membuatkan bau pewangi lebih tahan lama dan mengancam!
1. Pilihlah perfume yang berkualiti tinggi. Jangan kedekut untuk melabur sedikit bagi mendapatkan pewangi yang berkualiti.
Tidak kurang juga untuk anda pilih minyak wangi yang mempunyai kandungan alkohol yang rendah, kerana alkohol boleh mengurangkan kebolehcapaian bau.
2. Ramai yang lakukan kesilapan ini selepas itu hairan kenapa bau tidak tahan lama. Ingat, jangan semburkan wangian terlalu dekat dengan kulit.
Semasa melakukan semburan pegang botol semburan kira-kira 20 ke 30 sentimeter dari kulit. Dan lakukan semburan itu titik-titik nadi seperti belakang telinga, leher, pergelangan tangan dan juga siku.
3. Salah satu lagi cara untuk buat pewangi lebih tahan lama dan wangi ialah dengan menyapu losen atau minyak badan sebelum melakukan semburan. Kulit yang lembap dapat membantu mengekalkan bau wangian lebih lama.
4. Ini juga satu lagi kesilapan besar yang ramai orang lakukan. Selepas melakukan semburan jangan menggosok kawasan tersebut.
Menggosok hanya akan memecahkan molekul minyak wangi lalu boleh mengurangkan kebolehcapaian bau.
5. Semasa anda memakai pakaian semburkan sedikit pewangi pada pakaian anda dari jarak kira-kira 20-30 sentimeter.
Ingat, wangian yang disemburkan pada kain akan tahan lebih lama daripada wangian yang disemburkan pada kulit. Tapi usahlah terlalu banyak pula ya.
6. Simpan botol wangian anda di tempat yang sejuk dan kering seperti dalam almari atau laci. Hindari meletakkan botol di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari.
Ini kerana cahaya matahari boleh merosakkan minyak wangi. Dan pewangi yang rosak akan hilang kekuatan baunya.
7. Jangan sembur terlalu banyak wangian. Menggunakan terlalu banyak wangian tidak hanya menjadi terlalu kuat dan tidak enak, tetapi juga mengurangkan kebolehcapaian bau wangian itu sendiri.
-Maskulin
Maskulin
Sat Jun 03 2023
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa tip bagaimana anda boleh membuatkan bau perfume lebih tahan lama dan mengancam! -Maskulin
Lelaki mengaku salah bakar lima motosikal dipenjara 12 tahun
Mahkamah jatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 20 Januari lalu.
Tiga nelayan hilang di laut
Ketiga-tiga nelayan berkenaan iaitu dua warga tempatan dan seorang rakyat Thailand hilang bersama bot ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Kurau, Perak.
AWANI Ringkas: Elak salah laku oleh majikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ops Selamat 2025 catat penurunan kemalangan berbanding 2024
Sehingga hari kelima pelaksanaan Ops Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025, statistik kemalangan catat penurunan jumlah kemalangan berbanding Ops Selamat 21 Tahun Baharu Cina 2024.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Calon SPM terjejas di Sarawak diminta hubungi sekolah segera
Calon SPM di Sarawak yang terkesan banjir diminta menghubungi pihak sekolah dalam 12 jam untuk urusan penghantaran pulang bagi menduduki peperiksaan.
JDT sedia berdepan mana-mana pasukan di final Piala Malaysia - Bidoglio
JDT telah mengesahkan tempat ke final dan dalam misi menjulang Piala Malaysia kelima mereka
73 motosikal disita, ubai suai tidak mengikut spesifikasi
Sebanyak 1,500 kenderaan diperiksa dalam sekatan jalan raya di Jalan Loke Yew, Jalan Kuching, dan Jalan Tun Razak.
Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari
Sarawak berada dalam kelompok lima negeri teratas di Malaysia dari segi prestasi ekonomi pada tahun lepas.
Lubang benam: Pasukan penyelamat bina tanjakan selamatkan pemandu trak
Pasukan tersebut berdepan kesukaran kerana lubang benam itu yang kini sepanjang sebuah kolam renang Olimpik, terus melebar sejak 28 Januari.
#AWANIRingkas 2 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 2 Februari 2025
1️⃣ Mangsa berkurangan ke 13,139 setakat 6 pagi Ahad
2️⃣ Aktiviti perdagangan dijangka meningkat
3️⃣ Kerajaan negeri Selangor panggil pihak pengurusan
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa berkurangan ke 13,139 setakat 6 pagi Ahad
2️⃣ Aktiviti perdagangan dijangka meningkat
3️⃣ Kerajaan negeri Selangor panggil pihak pengurusan
#awaniringkas
Semburan pewangi lebih tahan lama dengan cara ini, bukan sembur di bahagian tertentu sahaja
Berikut dikongsikan beberapa tip bagaimana anda boleh membuatkan bau pewangi lebih tahan lama dan mengancam!