KUALA LUMPUR: Walaupun panas terik, seniman jalanan Nazri Aziz, 46, dan Fauzin Saihani, 34, serta beberapa rakan mereka cekal mengenakan solekan dan kostum tebal demi menghiburkan orang ramai untuk mencari rezeki di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini.
Nazri yang ditemui Bernama di Jalan TAR baru-baru ini berkata, dia mula berjinak-jinak sebagai badut secara sambilan pada 2016 sebelum menjadikan kerjaya tetap pada 2019 apabila ditawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) selepas berkhidmat dengan sebuah syarikat katering bagi sebuah syarikat penerbangan selama 23 tahun.
"Tawaran itu (VSS) memang saya nak ambil sebab ekonomi tak berapa elok masa itu. Jadi, sejak ambil VSS, saya terus buat kerja ini (menjadi badut) sampai sekarang," katanya.
Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, biarpun ditawarkan kembali bekerja dengan syarikat terbabit, dia tekad meneruskan kerjaya sebagai badut penghibur kerana keserasian dan minatnya yang mendalam.
"Dulu (2016) pendapatan saya kurang memberangsangkan, jadi saya buat kerja sambilan. Saya tolong orang jual belon gas di pasar malam, satu malam secara purata saya boleh dapat RM50 dari 5 petang sampai 10 malam.
"Masa itu saya hanya tahu buat belon bentuk pedang. Selepas tu saya cari kenalan badut menerusi Google untuk kembangkan ilmu dan saya dapat kenali seorang badut yang menjadi guru saya dari Banting, Selangor," katanya menambah gurunya memberi tunjuk ajar tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Setelah hampir sedekad bekerja sebagai badut penghibur, Nazri berkata, antara cabaran yang sering dihadapinya adalah sikap sesetengah ibu bapa yang mempunyai tahap kesabaran yang rendah ketika hendak mendapatkan belon untuk anak-anak mereka.
"Saya tak letakkan bayaran kepada pelanggan, saya biar mereka bayar seikhlas hati, kadangkala ada yang ambil banyak tetapi bayar sikit, ada juga yang tak bayar langsung.
"Sikap ibu bapa ini yang susah nak tangani dan saya kena pandai kawal emosi saya untuk kawal perasaan mereka. Saya tak boleh marah mereka, kena tangani secara positif," katanya yang turut berkongsi rezeki dengan rakan-rakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang dijumpai ketika bekerja.
Bercerita lanjut tentang kerjayanya sebagai 'Conda the Clown', Nazri berkata, aksesori paling mahal bagi seorang badut ialat kasut dipakai mereka, yang mampu mencecah hingga RM1,000 oleh kerana keunikan bentuknya dan sukar didapati.
Sementara itu, Fauzin berkata, dia sanggup berulang-alik sejauh 148 kilometer dari Melaka ke ibu kota pada setiap hujung minggu bagi menghiburkan orang ramai secara sambilan.
"Kita seniman jalanan, kerja kita menghiburkan orang. Ramai ibu bapa datang, anak-anak berjoget bersama kami. Kami rasa seronok," katanya yang tidak penat memakai kostum kucing dari pagi hingga malam, pada cuaca panas ini biarpun tebal.
Nazri, Fauzin dan sekumpulan rakan-rakan seperjuangan mereka pada kebiasaannya boleh ditemui menghiburkan orang ramai di sekitar Jalan TAR pada hujung minggu dan Dataran Merdeka, dari Isnin hingga Jumaat. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 10 2024
![Seniman jalanan cekal cari rezeki Seniman jalanan cekal cari rezeki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712752258_TBkostum.jpg)
Fauzin berkata, dia sanggup berulang-alik sejauh 148 kilometer dari Melaka ke ibu kota pada setiap hujung minggu bagi menghiburkan orang ramai secara sambilan. - Gambar Bernama
![Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739957246_hilmiabdullah.jpg)
Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739955331_ProgramPendidikand.jpg)
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739954467_TBKRITIKALGULAKENYAL.jpg)
Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.
![Seniman jalanan penghibur masyarakat, bukan peminta sedekah Seniman jalanan penghibur masyarakat, bukan peminta sedekah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/51422792131_295x200.jpg)
Seniman jalanan penghibur masyarakat, bukan peminta sedekah
Seniman jalanan sinonim dengan panggilan Buskers, menghibur dari jalanan, kompleks membeli-belah hinggalah ke pentas muzik yang berprestij.