CUTI panjang minggu ini cukup sesuai dihabiskan dengan pergi bercuti bersama keluarga tersayang.
Buat keluarga yang ada membela haiwan peliharaan, selain tinggalkan ia di hotel kucing, apa kata kali ini anda bawa si comel ini sekali.
BACA: Risau tinggal si manja lama-lama? Ini 5 pilihan 'staycation' untuk kucing anda
Apa salahnya pergi bercuti atau pulang ke kampung sambil membawa si comel sekali, tetapi anda harus tahu beberapa tip sebelum membawa kucing bersama menaiki kereta.
Bagi mereka yang sudah biasa, tahniah! Semoga perjalanan anda bercuti berjalan lancar.
Untuk yang baru pertama kali membawa kucing peliharaan menaiki kenderaan untuk tempoh masa yang agak lama, mungkin anda perlu meneliti 8 tip ini:
1. Membiasakan kucing dengan kereta anda
Mulakan dengan membawa kucing anda masuk ke dalam kereta sebelum merancang perjalanan.
Duduk di kerusi belakang bersama-sama dan bawa bersama beberapa treats dan snek untuk kucing kemudian rajinlah membelai.
Beri peluang untuk kucing anda menghidu dan meneroka seluruh kereta. Jangan lupa mainkan muzik yang menenangkan.
Bawa kucing anda berjalan-jalan di sekitar dengan perlahan dan cermat supaya kucing anda membiasakan diri dengan pergerakan.
Dari situ, anda boleh melihat bagaimana respons kucing anda apabila berada di dalam kereta.
2. Berbincang dengan veterinar
Jika kucing anda tidak memberikan respons yang baik terhadap pemanduan anda, anda boleh berbincang dengan veterinar mengenai rawatan untuk kegelisahan atau motion sickness.
Veterinar mungkin ada beberapa pilihan yang dapat membantu menenangkan kucing anda sepanjang perjalanan.
3. Bagi makanan dan minuman sebelum perjalanan bermula.
Berikan makan dan air kepada kucing anda sebelum memulakan perjalanan. Beri masa kucing membuang najis dan kencing selepas makan dan minum.
Jika kucing anda mudah mengalami motion sickness, berikan makanan dalam kuantiti yang sedikit.
4. Pastikan kucing sentiasa berada di dalam 'carrier'
Tidak selamat sekiranya anda membiarkan kucing anda bebas bergerak merata di dalam kereta. Kucing anda mungkin duduk di bawah pedal dan menyukarkan pemanduan anda.
Carrier memberikan ruang yang selamat, sunyi untuk kucing yang dapat membantu kegelisahan yang mungkin dialami oleh kucing anda.
5. Bersedia untuk segala huru hara
Sentiasa bersedia dengan tisu, tuala serta lapik khas untuk membersihkan ‘kemalangan’ kencing dan najis yang akan berlaku.
Pastikan juga anda membawa beberapa plastik sampah.
6. Rancang beberapa perhentian
Pin lokasi perhentian sepanjang perjalanan anda supaya anda dapat berhenti untuk memberi makan dan minum kucing anda dan berpeluang untuk menggunakan kotak pasir setiap dua ke tiga jam
7. Bawa mainan
Idea yang bagus untuk membawa beberapa mainan yang baru dan menarik perhatian kucing anda jadi kucing anda dapat bermain sepanjang perjalanan.
Alat permainan ini juga boleh membantu kucing anda jadi leka dan gembira.
8. Buat seperti berada di rumah
Haiwan peliharaan kita juga selalunya merasakan apa yang kita rasa. Kucing kita juga akan merindui rumah semasa dalam perjalanan.
Bawa baju lama yang anda pernah pakai, selimut kegemarannya di dalam carrier supaya ia sentiasa mengingati rumah asal.
Apapun, tahukah anda si comel kesayangan anda juga sebenarnya boleh menikmati manfaat insurans seperti insurans manusia?
Menerusi Oyen Pet Insurance, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan yang mudah dan nilai perlindungan tinggi.
Ketahui lebih lanjut tentang tawaran Oyen Pet Insurance. Setiap pembelian, anda akan dapat hadiah istimewa pouch Oyen.
Sumber: The Mamamiaow
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Sat Feb 05 2022

Apa salahnya pergi bercuti atau pulang ke kampung sambil membawa si comel sekali, tetapi anda harus tahu beberapa tip sebelum membawa kucing bersama menaiki kereta. -Gempak
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Si manja pun nak bercuti juga, ini 8 tip mudah bawa kucing bersiar-siar naik kereta
Buat keluarga yang ada membela haiwan peliharaan, selain tinggalkan ia di hotel kucing, apa kata kali ini anda bawa si comel ini sekali.