KUALA LUMPUR: Trend mengumpul koleksi vinil atau piring hitam semakin meraih populariti dalam kalangan peminat seni muzik hari ini.
Meskipun paksi muzik kini sudah beralih kepada pendigitalan menerusi pelagai platform dan aplikasi muzik digital, namun piring hitam masih mempunyai peminatnya tersendiri dan mula menjadi ikutan dalam kalangan generasi baharu.
Seorang penjual dan pengusaha kedai muzik SputnikRekordz, Nataza Mohamad berkongsi perjalanannya mengumpul piring hitam sebagai hobi pada permulaan dan kini giat menjual serta berkongsi 'cerita' di sebalik muzik analog itu.
"Ia bermula dengan hobi saya sendiri, sebab saya penggemar muzik analog seperti kaset dan piring hitam, tak sama macam CD sebab ia dah dikira sebagai digital.
"Saya merupakan pemuzik pada era 90-an memang membesar dengan kaset, piring hitam hitam. Jadi apabila pada akhir 2000, orang sudah membuang piring hitam lebih-lebih lagi pada pertengahn 2000-an, piring hitam seperti sudah tiada harga. Saya tak sendiri tidak menyangka ia kembali menjadi trend pada tahun 2023.
"Saya lihat piring-piring hitam tempatan macam terbiar dan terbuang. Bagi saya itu adalah khazanah kita macam Saloma, P. Ramlee dan daripada minat itu saya mula mengumpul sehingga tidak dapat menampung koleksi di rumah, sehingga saya mula menjual piring hitam." Ujar ketika ditemu bual dalam Program AWANI Pagi.
Ditanya berkenaan persaingan antara muzik analog dan digital, Nataza berkata meskipun pada awalnya masyarakat seakan sukar menerima kembali piring hitam sebagai salah satu medium mendengar muzik, namun ia tetapi mempunyai kumpulan peminatnya yang tersendiri.
Ujarnya lagi, tahun demi tahun peminat piring hitam mula bertambah terutama dalam kalangan generasi muda yang gemar dengan idea sentimental, nilai estetika dan kesenian yang tinggi.
Malah, ia turut mendapat perhatian peminat muzik antarabangsa yang berkunjung ke kedainya untuk mencari koleksi piring hitam penyanyi-penyanyi tempatan.
"Piring hitam tetap ada peminatnya juga, kita survive melalui kawan-kawan collector, komuniti piring hitam di flea market dan kumpulan pemuzik yang masih mendengarkan piring hitam.
"Oleh itu kita teruskan sahaja, walaupun piring hitam agak kurang popular berbanding muzik digital. Lama-lama trend piring hitam mula jadi ikutan ramai.
"Peminat muzik dari luar negara juga hadir ke sini (SputnikRekordz) untuk mencari piring hitam tempatan. Sebab kalau di Eropah, meskipun muzik sudah beralih arah ke platform digital, mereka masih mendegar piring hitam," katanya.
Selain itu, Nataza berkata ada perbezaan yang signifkan apabila mendegar muzik secara analog dan digital, terutama pengalaman mendengar muzik analog yang hadir bersama pakej album yang lengkap dengan poster fizikal, dan maklumat penulis serta komposer.
Ujarnya nilai kesenian dan sentimental yang tinggi muzik analog menjadikan individu itu seolah 'memiliki' sepenuhnya karya sebuah album.
"Kalau kita dengar lagu di aplikasi muzik, kita just owned it on the phone. Kalau muzik analog ni, dia ada seninya tersendiri, kita akan dapat, cover sleeves, art cover, bahagian dalam ada lirik juga maklumat penulis lagu , poster dan nilai-nilai sentimental itu tidak ada di platform digital. Kita rasa seperti owned the music," katanya.
Sementara itu, beliau menyifatkan kedai kecilnya bukan seperti kedai muzik biasa, malah ia dianggap sebagai sebuah muzium kecil yang berkongsi cerita dan sejarah berkenaan perjalanan muzik dunia merentas zaman.
"Seperti kedai saya, ia bukan sekadar kedai rekod muzik, saya berkongsi sejarah. SputnikRekordz ini umpama muzium kecil dan bila mula tular, ramai datang terutama anak muda sambil bergambar sebab mereka tidak pernah lihat album artis-artis 50-an dan 60-an seperti Maimun Hussein misalnya.
"Kadang-kadang (ada waktu) anak dan cucu penyanyi itu sendiri datang untuk lihat sendiri karya tersebut dan lihat sendiri khazanah muzik yang ada di sini," tambahnya lagi.
Fahmi Izuddin
Sat Dec 02 2023
Nataza berkata, saban tahun permintaan terhadap koleksi album piring hitam semakin meningkat dalam kalangan Malaysia . - Gambar / SputnikRekordz
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
Simfoni Piring Hitam 'SputnikRekordz', menyelami kekayaan emosi seni muzik
Trend mengumpul koleksi vinil atau piring hitam semakin meraih populariti dalam kalangan peminat seni muzik hari ini.
Asyiknya.... Gunting rambut sambil 'layan' lagu dari piring hitam
Menurut Pak Omar, dia masih menyimpan lebih 200 keping piring hitam kebanyakannya lagu era 60-an dan 70-an.
Kim Soi nyanyi lagu P.Ramlee sambil gunting rambut pelanggan
Menjadikan P. Ramlee sebagai ikonnya, Ng mengakui dia mula minat untuk belajar menyanyi mengikut alunan lontaran suara seakan-akan seniman agung itu sejak berusia 16 tahun.
Search pilih album Fenomena untuk diabadikan dalam piring hitam
Kumpulan rock legenda, Search, memilih album Fenomena untuk diabadikan dalam bentuk piring hitam kerana ia mempunyai nilai sentimental tersendiri.