Seiring peralihan teknologi digital yang berkembang pesat, sektor pertanian dan penternakan juga tidak ketinggalan menikmati transformasi teknologi bagi memudahkan urusan petani dan peladang.
Terbaru, teknologi Smart Cow Collar yang dibangunkan di China telah dibawa masuk ke Malaysia buat pertama kali oleh syarikat Positive Mind Sdn Bhd yang berpangkalan di Kuching.
Fungsi pemantauan aktiviti dan pergerakan lembu itu sudah digunakan secara meluas di China, Australia dan beberapa negara Eropah.
Menurut Pengurus Sumber Manusia Positive Mind Sdn Bhd, Noresa Donald Matu, teknologi itu sangat membantu golongan penternak dalam memudahkan urusan seharian mereka.
“Smart Cow Collar adalah untuk memantau pergerakan ataupun aktiviti lembu dan ini amat berguna bagi penternak-penternak yang terlibat dalam sama ada ladang tenusu atau ladang ternakan untuk daging,” jelasnya.
Ia juga mampu mengesan waktu yang sesuai untuk lembu itu bersedia untuk mengawan seterusnya berpotensi untuk bunting.
Ini kerana dalam sebuah ladang tenusu, adalah penting untuk seseekor lembu itu bunting bagi menghasilkan produk tenusu seterusnya menjamin pengeluaran daging berterusan.
Tidak terhenti di situ, Smart Cow Collar juga punya pelbagai fungsi lain.
“Fungsinya juga ia boleh digunakan untuk memantau kesihatan secara keseluruhan lembu tersebut, jadi ini akan boleh membantu untuk mengurangkan kos perubatan untuk lembu ini," jelasnya.
Cara penggunaannya mudah, iaitu melibatkan rekod data termasuk lokasi yang akan dihantar terus ke telefon bimbit.
Lebih daripada itu, tahap keberkesanannya telah diuji di China, dan terbukti mempunyai tahap ketepatan bacaan yang tinggi berbanding menggunakan kaedah konvensional.
Selain itu dengan adanya GPS Tracker ia juga mampu mengesan kedudukan lembu walaupun berada di lokasi yang sukar dijejaki oleh penternak.
Astro Awani
Sun Jul 21 2019

ahap keberkesanannya telah diuji di China, dan terbukti mempunyai tahap ketepatan bacaan yang tinggi berbanding menggunakan kaedah konvensional. - Foto: www.aotoso.com
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Hari Sarawak disambut secara maya
Hari Sarawak yang disambut pada 22 Julai setiap tahun sejak 57 tahun lalu bakal diadakan secara maya tahun ini.

Smart Cow Collar permudah urusan penternak lembu
Sistem pemantauan aktiviti dan pergerakan lembu itu sudah digunakan secara meluas di China, Australia dan beberapa negara Eropah.

Adenan Satem isytihar 22 Julai cuti umum Sarawak
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini mengisytiharkan 22 Julai sebagai cuti umum di negeri itu.