Kegagalan jantung adalah penyakit yang sering dikaitkan dengan keadaan apabila jantung berhenti berfungsi.
Keadaan ini berpotensi mengancam nyawa apabila jantung tidak boleh mengepam darah yang secukupnya ke seluruh badan akibat otot jantung yang menjadi lemah, selepas beberapa ketika.
Akibatnya, pesakit sering berasa lemah sehingga hampir tidak boleh melakukan tugas harian yang mudah seperti memanjat tangga.
Menurut Susanne Gruber, ketua francais kardio-metabolik dan pernafasan Novartis Malaysia, ramai yang tidak sedar kegagalan jantung adalah lebih berbahaya berbanding sesetengah jenis penyakit kanser.
Beliau berkata, separuh daripada pesakit kegagalan jantung yang dimasukkan ke hospital mungkin meninggal dunia dalam tempoh lima tahun.
"Kegagalan jantung mempunyai impak yang besar ke atas kehidupan pesakit dan mendatangkan beban juga kepada mereka yang menguruskan jagaan pesakit ini.
"Keadaan ini juga boleh menyebabkan kualiti kehidupan pesakit menurun memandangkan mereka tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang penyakit ini serta cara menguruskan keadaan penyakit itu," katanya.
Di peringkat global, kegagalan jantung menyebabkan kos RM450 bilion ke atas ekonomi dunia setahun. Kos yang seumpama itu lazimnya mendatangkan kesan berat bukan sahaja ke atas pesakit tetapi juga mereka yang menguruskan penjagaan mereka.
Keperluan pesakit untuk kerap dimasukkan ke hospital sebenarnya menimbulkan banyak tekanan yang mengatasi kos rawatan itu.
Memperbaiki kualiti hidup
Pakar kardiologi kanan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr David Chew berkata penyakit itu juga boleh menjadikan pesakit lemah tidak berdaya walaupun untuk tugas yang mudah dan melakukan kegiatan harian dengan kawan serta ahli keluarga.
Beliau berkata berdasarkan statistik, 76 peratus pesakit selepas didiagnos penyakit itu mengalami kesukaran untuk meneruskan kegiatan harian mereka.
"Kami faham dengan pahit getir yang terpaksa dilalui pesakit, justeru kami telah menghasilkan satu program penjagaan khusus untuk pesakit kegagalan jantung di IJN.
"Program ini diketuai oleh sekumpulan pakar kardiologi dan jururawat yang berdedikasi. Mereka ini akan bekerjasama dengan jabatan lain untuk membantu pesakit mengurangkan tempoh berada di hospital, masuk semula ke hospital serta memperbaiki kualiti hidup mereka," kata Chew.
Beliau menambah kajian juga menunjukkan program pengurusan penyakit seumpama itu mampu mengurangkan kemasukan semula ke hospital untuk penyakit kegagalan jantung dan kardiovaskular.
Kempen kesedaran 'Teruskan Degupan'
Nisbah kes kegagalan jantung adalah antara tiga hingga 20 bagi setiap 1,000 orang. Bagaimanapun, untuk golongan yang berusia 65 tahun ke atas, angkanya lebih tinggi sehingga 100 bagi setiap 1,000 orang.
Daripada semua kes penyakit tenat yang memerlukan kemasukan ke hospital, penyakit ini menyumbang enam hingga 10 peratus.
Bagaimanapun, di sebalik perangkaan yang semakin meningkat, daripada 10 orang, hanya seorang mungkin dapat mengenal pasti gejala yang biasa dikaitkan dengan kegagalan jantung iaitu sesak nafas yang teruk, bengkak buku lali, berat badan yang bertambah secara mendadak dan kesukaran untuk bergerak.
Menyedari keperluan untuk mencetuskan lebih banyak kesedaran tentang penyakit ini, IJN dan Novartis Corporation mengadakan kempen dipanggil "Teruskan Berdegup".
Kempen ini mendidik orang ramai bagaimana cara untuk mengenal pasti gejala, keadaan penyakit ini serta kesannya.
Ia juga memberi fokus untuk membantu pesakit kegagalan jantung menangani penyakit itu.
Ubat baharu
Ubat baharu "Entrestotm (LCZ696)" juga diperkenalkan sewaktu pelancaran kempen itu.
"Entrestotm dijangka mengubah pengurusan kegagalan jantung untuk tahun-tahun akan datang," kata Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim, Ketua Jabatan Kardiologi IJN yang juga Pakar Perunding Kanan Kardiologi.
Bernama
Fri Apr 15 2016
Nisbah kes kegagalan jantung adalah antara tiga hingga 20 bagi setiap 1,000 orang. - Gambar hiasan
Perpustakaan Syed Naquib Al-Attas bakal bertaraf premier - PM
Kerajaan bercadang menaik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) kepada perpustakaan bertaraf premier.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha ini diharap dapat dimanfaatkan generasi muda agar mereka meraih inspirasi hasil nukilan karya ilmuan ulung tanah air itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha ini diharap dapat dimanfaatkan generasi muda agar mereka meraih inspirasi hasil nukilan karya ilmuan ulung tanah air itu.
10 negeri dijangka ribut petir, hujan lebat sehingga 1 pagi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam Ahad mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri sehingga 1 pagi Isnin.
PDRM perketatkan keselamatan Prabowo Subianto esok
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, prosedur keselamatan tersebut diambil susulan terdapat pertindihan tarikh dan waktu dengan kunjungan 1,000 pesawah ke Putrajaya esok.
[TERKINI] PM Anwar minta lawatan Prabowo tidak diganggu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta himpunan 1,000 pesawah di Putrajaya pada Isnin tidak mengganggu urusan lawatan rasmi Presiden Indonesia yang dijadual berlangsung pada waktu sama.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Januari 2025.
10 Berita Pilihan - (26 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar minta himpunan 1,000 pesawah di Putrajaya ditunda
Seramai 1,000 pesawah yang merancang untuk berhimpun di Putrajaya pada Isnin diminta untuk menunda ke satu tarikh lain.
Keutuhan maruah, kekuatan kaum Melayu dibina atas asas nilai Islam - PM Anwar
Keutuhan maruah dan kekuatan sedia ada masyarakat Melayu dibina atas asas nilai Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Prabowo tetamu utama sambutan ke 76
Sambutan Hari Rupublik India ke 76 pada Ahad cukup meriah dengan perarakan warna warni yang memaparkan kekuatan ketenteraan dan kepelbagaian budaya di tengah-tengah ibu negara, New Delhi.
Lelaki buat hantaran di Facebook ugut bunuh Trump ditahan
Seorang lelaki Florida ditangkap kerana membuat ancaman menerusi hantaran di Facebook terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Shannon Depararra Atkins, 46 tahun ditangkap pada Jumaat malam kerana melakukan ugutan bunuh, tekad membuat serangan tembakan secara besar-besaran dan berniat melakukan tindakan keganasan.
Shannon Depararra Atkins, 46 tahun ditangkap pada Jumaat malam kerana melakukan ugutan bunuh, tekad membuat serangan tembakan secara besar-besaran dan berniat melakukan tindakan keganasan.
Teruskan Berdegup: Kegagalan jantung lebih bahaya berbanding sesetengah barah
Separuh daripada pesakit kegagalan jantung yang dimasukkan ke hospital mungkin meninggal dunia dalam tempoh lima tahun.