"Ia cinta pandang pertama," luah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika menceritakan pertemuan pertama beliau dan isteri, YM Che Puan Khaleeda Bustamam.
Menurut Tunku Ismail, Che Puan Khaleeda tidak mengetahui beliau kerabat diraja ketika mereka bertemu buat pertama kali.
"Ibunya bekerja di bahagian pendidikan kedutaan Malaysia di England dan dibesarkan di sana selama enam tahun.
"Apabila dia (Che Puan Khaleeda) pulang ke Malaysia, dia tidak tahu siapa saya sebab ketika itu saya merupakan salah seorang daripada pemain polo, dan tidak dikelilingi dengan pengawal.
"Kemudian kami berbual dan saya mengambil nombornya," jelas beliau dalam rancangan bual bicara Obviously Harith Iskander di Astro AWANI pada Sabtu.
Tunku Ismail selamat diijabkabul dengan Che Puan Khaleeda di Istana Bukit Serene pada 24 Oktober, 2014. Pada 25 Jun lalu, pasangan diraja itu telah dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Tunku Kalsom Aminah Sofiah.
Tambahnya lagi, keluarganya sentiasa mengingatkan beliau untuk sentiasa merendah diri.
"Saya cuba sedaya upaya untuk merendahkan diri dan akan berkelakuan seperti seorang keluarga diraja apabila perlu. Namun saya memilih untuk bersikap jujur. Saya suka untuk menjadi diri sendiri," katanya.
Mariah Ahmad
Sun Jul 31 2016

Menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che Puan Khaleeda tidak mengetahui beliau kerabat diraja ketika mereka bertemu buat pertama kali. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

'Saya akan bela nasib, dapatkan keadilan buat Bella' - Che' Puan Khaleeda
TANDA pagar #justiceforbella menjadi trending sejak tularnya klip video adik Bella yang ditemui dalam keadaan menyayat hati. Seluruh tubuhnya mengalami luka dan berparut akibat didera.

Netizen kagum aksi Che Puan Khaleeda timbang bola
Isteri Tengku Mahkota Johor, Che Puan Khaleeda telah menjadi perhatian netizen apabila aksi beliau menimbang bola sepak di Padang Seri Gelam, Johor Bahru menerima reaksi positif.

TMJ kongsi kisah cinta pandang pertama
Menurut Tunku Ismail, Che Puan Khaleeda tidak mengetahui beliau kerabat diraja ketika mereka bertemu buat pertama kali.