Halangan atas paras lutut kini tidak menjadi masalah bagi orang kurang upaya (OKU) penglihatan dengan penggunaan tongkat pintar.
Tongkat pintar yang diberi nama Bawa Cane direka oleh Daniel Vong, 24 tahun, seorang jurutera muda berasal dari Kuching, Sarawak.
Daniel bersama adiknya, Stella terdorong mencipta Bawa Cane kerana mahu membantu mendiang nenek mereka yang hilang daya penglihatan yang berpunca dari glaukoma dan tekanan darah tinggi pada tahun Mei 2015.
Menurut Vong, tongkat tradisional yang pernah digunakan oleh nenek mereka tidak mampu mengesan halangan atas paras lutut yang menimbulkan pelbagai masalah.
Bawa Cane dilengkapkan pengesan berasaskan teknologi Internet of Things (IOT) atau objek rangkaian Internet yang menggunakan telefon pintar sebagai alat pengantara dan pengesan isyarat.
"Bawa Cane merupakan peralatan IOT yang memaparkan hardware istimewa yang dipasang pada tongkat putih yang sedia ada untuk mengesan persekitaran," kata Vong.
Penggunaannya mudah, pengguna hanya perlu menghidupkan perkakasan di tongkat untuk ia mula berfungsi.
"Ciptaan ini boleh dihubungkan terus ke telefon bimbit dan jam pintar setiap pengguna," kata Vong.
Menurut Vong yang mendapat bantuan adiknya, Stella untuk ciptaan tersebut turut berkata, pengguna tidak perlu bimbang tentang haluan mereka di tempat baharu kerana Bawa Cane dilengkapi dengan perisian Big Daya Analytics (BDA) yang dapat membantu mereka berdepan halangan di sepanjang laluan mereka.
Setakat ini, Bawa Cane sudah mula mendapat perhatian pengedar antarabangsa termasuk Jerman, Hong Kong dan Singapura.
Usaha juga sedang dijalankan untuk penglibatan syarikat korporat untuk menggerakkan pengeluaran secara besar-besaran.
Bawa Cane dijual pada harga AS$699 (RM2,800).
"Kami sedang berusaha untuk mencari syarikat korporat yang berminat dalam misi yang sama dan ingin melakukan CSR dengan kerjasama daripada mereka. Kami akan dapat menurunkan harga Bawa Cane jika mereka dapat menaja Bawa Cane untuk mereka yang memerlukannya," kata Vong.
Produk Bawa Cane yang telah didaftar dan menerima hak milik paten pada tahun 2016 kini terpilih menyertai program syarikat permulaan khusus atau startup untuk industri melibatkan IOT dan Fintech di Pualu Pinang.
Anthea Yap
Sat Dec 30 2017
Daniel (tiga, kanan) sedang menunjukkan cara untuk menggunakan 'Bawa Cane. - Gambar Daniel Vong
Pelajar Malaysia di Jepun hilang sejak Isnin
Pelajar itu dikenali sebagai Hannani, 21, sedang melanjutkan pelajaran di sebuah institut pengajian tinggi di Kure Kosen, Hiroshima, Jepun.
AWANI Pagi: Inovasi e-sukan pacu mutu sukan negara
Diskusi Awani Pagi 8.30 Bersama Dr Mohamed Nashrudin Naharudin, Ahli Lembaga Institut Sukan Negara dan Pensyarah Kanan di Fakulti Sukan dan Sains Eksesais, Universiti Malaya mengenai inovasi e-sukan.
Lapan tahanan dijadual dibebaskan di Gaza
Lima warga Thailand dan tiga rakyat Israel akan dibebaskan pada Khamis di bawah perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas. Israel juga bakal mengharamkan operasi UNRWA.
Bekas Senator Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara 11 tahun
Bekas Senator Amerika Syarikat Bob Menendez dijatuhi hukuman penjara 11 tahun pada Rabu kerana menerima rasuah termasuk jongkong emas sebagai pertukaran dari ahli perniagaan Mesir dan New Jersey.
Kekejaman zionis: Tentera Israel akan kekal di Kem Pelarian Jenin
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, pada Rabu mengesahkan bahawa tentera Israel akan terus berada di Kem Pelarian Jenin walaupun selepas operasi besar-besaran yang dilancarkan minggu lalu berakhir.
Mesir tidak akan terlibat dalam pemindahan rakyat Palestin
Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi menegaskan pada Rabu bahawa negaranya tidak akan terlibat dalam sebarang pemindahan paksa rakyat Palestin, menyifatkannya sebagai “satu kezaliman yang tidak boleh disertai.
Korban di Gaza cecah 47,417 orang
Jumlah korban di Gaza meningkat kepada 47,417 walaupun gencatan senjata berkuat kuasa. Lebih 500,000 pelarian kembali ke utara, tetapi berdepan kekurangan makanan dan tempat perlindungan.
Kekejaman zionis: 10 syahid di Tebing Barat akibat serang udara Israel
Sekurang-kurangnya 10 warga Palestin terkorban dalam serangan udara Israel di Tebing Barat pada Rabu, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.
DeepSeek disekat di gedung aplikasi Apple, Google di Itali
Aplikasi kecerdasan buatan (AI) China, DeepSeek, tidak dapat diakses di gedung aplikasi Apple dan Google di Itali pada Rabu, sehari selepas pihak berkuasa perlindungan data negara itu meminta maklumat berkenaan penggunaan data peribadi oleh aplikasi tersebut.
Mesir tidak akan terlibat dalam pemindahan paksa rakyat Palestin
Presiden Mesir menegaskan, negaranya tidak akan terlibat dalam sebarang pemindahan paksa rakyat Palestin.
Tongkat pintar umpama 'Waze' untuk orang buta
Halangan atas paras lutut kini tidak menjadi masalah bagi orang kurang upaya penglihatan dengan penggunaan tongkat pintar yang dikenali sebagai 'Bawa Cane'.