Pengayuh basikal warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood akan melakukan kayuhan sekali lagi - mengelilingi Semenanjung Malaysia, Wilayah Selatan Thailand dan Singapura mulai Sabtu ini (8 April).
Kayuhan kali ini dengan cara dan matlamat agak berbeza.
"Kayuhan ini berbentuk kembara; bagi mendokumentasi tempat-tempat persinggahan yang menarik untuk diterbitkan dalam buku sebagai panduan kepada masyarakat dan pelancong," kata Wan Hashim kepada pemberita di sini, pada Rabu.
"Sebelum ini saya berkayuh basikal secara solo, namun kayuhan kali ini saya akan diiringi oleh wakil daripada Kemudi (Kelab Media Kelantan Darul Naim).
"Kami akan berkayuh sejauh 100 kilometer sehari pada waktu siang manakala waktu malam pula kami berehat," katanya.
Wan Hashim berkata sepanjang kayuhan itu, mereka akan singgah di beberapa tempat bagi menyampaikan sumbangan daripada penaja kepada golongan yang memerlukan.
Wan Hashim, 72, yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Wan dijadual menghabiskan masa selama 39 hari melibatkan jarak sejauh 3,000 kilometer diiringi Shahuri Awang@Saidi, wakil Kemudi, yang juga jurugambar sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).
Menurut Wan Hashim, beliau telah membuat persiapan diri sejak Januari lepas untuk kayuhan tersebut.
"Persiapan saya seperti biasa melibatkan soal teknikal, fizikal untuk kecergasan, malah latihan mengayuh basikal pada setiap hari," katanya.
Sementara itu, Shahuri, 31, berkata beliau tertarik untuk menyertai kayuhan tersebut bagi menyumbang kemahirannya (selaku jurugambar) kepada masyarakat melalui gambar-gambar yang diambil sepanjang laluan kayuhan.
"Ia adalah peluang saya untuk merakam tempat menarik untuk dikongsikan kepada masyarakat."
Ini adalah kayuhan jarak jauh pertama buatnya.
Pada 17 Januari 2015, Wan Hashim berjaya menamatkan misi jelajah lima negara Asia Tenggara secara solo selama 49 hari - lebih awal daripada jangkaan asal tiga bulan.
Beliau menamatkan kayuhan sejauh 5,319 kilometer selepas menjelajah Vietnam, Kemboja, Thailand, Singapura, Riau Indonesia, dan Semenanjung Malaysia.
Wan Hashim, pernah diiktiraf sebagai 'Pengayuh Basikal Tertua Mengelilingi Semenanjung Malaysia oleh Malaysia Book of Records' (MBR) pada April 2014. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2017
![Wan Hashim berkayuh lagi, kali ini dokumentasi tempat-tempat persinggahan Wan Hashim berkayuh lagi, kali ini dokumentasi tempat-tempat persinggahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/51491402493_WanHashimWanMahmo.jpg)
Wan Hashim (tengah) menerima sumbangan penaja daripada pada sidang media Kembara 3,000 Kilometer Pak Wan Bersama KEMUDI. - Foto Bernama
![Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739252440_pemilikmanchesteru.jpg)
Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby
All Blacks menuduh gergasi petrokimia itu enggan membayar ansuran bagi perjanjian enam tahun dan cuba 'berhenti tiga tahun lebih awal'.
![Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738460992_HerryImanPierngadi.jpg)
Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.
![Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739253287_Thaipusam.jpg)
Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.
![Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57 Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739253674_KualaLumpur.jpg)
Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57
Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57
![Pembunuhan oleh Israel, sekatan bantuan ancam gencatan senjata di Gaza Pembunuhan oleh Israel, sekatan bantuan ancam gencatan senjata di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739250918_tbGazaCity.jpg)
Pembunuhan oleh Israel, sekatan bantuan ancam gencatan senjata di Gaza
Seorang pegawai Palestin memberi amaran pada Isnin bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pertukaran tahanan berisiko terjejas, lapor Anadolu Ajansi.
![Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739251963_TBBADMINTON.jpg)
Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.
Hong Kong bantah tarif Amerika Syarikat, akan bawa ke WTO
Hong Kong akan mengemukakan aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengenai tarif terbaru yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, menurut Ketua Setiausaha Eric Chan pada Selasa.
Beliau menyatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat jelas bertentangan dengan peraturan WTO dan mengabaikan status Hong Kong sebagai wilayah kastam yang berasingan.
Beliau menyatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat jelas bertentangan dengan peraturan WTO dan mengabaikan status Hong Kong sebagai wilayah kastam yang berasingan.
![Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739250651_ElakMaksiatPDKh.jpg)
Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB
Orang ramai diharap dapat menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di daerah terbabit.
Peranan Ibu Bapa & Guru Penting
Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam mendorong minat pelajar terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), kata Prof. Madya Dr. Noraini Ahmad dari Universiti Malaya.
Menurut beliau, sokongan ibu bapa sangat diperlukan, walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang dalam bidang STEM.
Menurut beliau, sokongan ibu bapa sangat diperlukan, walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang dalam bidang STEM.
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
Sebanyak dua kedai makan dan sebuah kedai runcit musnah dalam kebakaran di Jalan Institut Pertanian, Universiti Putra Malaysia, Seri Kembangan pada Isnin malam.
![UCI setuju Pusat Kecemerlangan BMX Asia di Malaysia, Johor jadi pilihan PKBM UCI setuju Pusat Kecemerlangan BMX Asia di Malaysia, Johor jadi pilihan PKBM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729029432_DatukAmarjitSingh.jpg)
UCI setuju Pusat Kecemerlangan BMX Asia di Malaysia, Johor jadi pilihan PKBM
Amarjit berkata, perancangan penubuhan pusat serantau itu di Johor sudah dibincangkan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UCI dua minggu lepas.
![Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke suku akhir acara keirin Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke suku akhir acara keirin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716429316_MuhammadShahFirdau.jpg)
Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke suku akhir acara keirin
Shah Firdaus Sahrom, berjaya mara ke suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 dalam perlumbaan di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.
![Misi Haji 2024: Kayuhan suci ke Haramain dari Kuala Lumpur Misi Haji 2024: Kayuhan suci ke Haramain dari Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719980788_kayuhanbasikal.jpg)
Misi Haji 2024: Kayuhan suci ke Haramain dari Kuala Lumpur
Perjalanan 12,000 kilometer mereka melalui jalan darat memakan masa tujuh bulan merentasi tujuh negara.
![Ramsay tunjuk lebam pada badan, ingatkan untuk pakai topi keledar ketika berbasikal Ramsay tunjuk lebam pada badan, ingatkan untuk pakai topi keledar ketika berbasikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718537937_TBGordonRamsay.jpg)
Ramsay tunjuk lebam pada badan, ingatkan untuk pakai topi keledar ketika berbasikal
Jika tidak memakai topi keledar, Gordon Ramsay merasakan kemalangan itu mungkin meragut nyawanya.
![Malaysia rangkul perak pecut berpasukan lelaki, wanita Malaysia rangkul perak pecut berpasukan lelaki, wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708573589_TBACCjpg.jpg)
Malaysia rangkul perak pecut berpasukan lelaki, wanita
Skuad negara merangkul perak acara pecut berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di New Delhi.
![Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696813977_nahasjalanraya.jpg)
Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.
![LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695138705_LTdLSkuadkeb.jpg)
LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.
![China ada 200 juta basikal untuk kegunaan setiap hari - Persatuan basikal China ada 200 juta basikal untuk kegunaan setiap hari - Persatuan basikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694953513_TBbicycleChina.jpg)
China ada 200 juta basikal untuk kegunaan setiap hari - Persatuan basikal
Penduduk bandar Cina menunggang basikal atau kenderaan dua roda berkuasa elektrik sekitar 30 daripada 100 kali perjalanan mereka.
![Kanak-kanak 8 tahun maut dilanggar MPV Kanak-kanak 8 tahun maut dilanggar MPV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694049787_langgar.jpg)
Kanak-kanak 8 tahun maut dilanggar MPV
Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki basikal dipercayai secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.
![Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683894038_PELUMBAnegara.jpg)
Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.