PARA saintis mendedahkan bahawa wanita boleh membuat penilaian sama ada seorang lelaki itu curang atau tidak dengan hanya melihat wajahnya.
Ini berbeza dengan lelaki yang gagal mengesan perkara itu dengan cara yang sama, lapor AFP.
Para penyelidik di University of Western Australia menggunakan responden sekumpulan 1,500 individu dengan menunjukkan gambar 189 orang dewasa Kaukasia (101 lelaki dan 88 wanita), dengan soalan pertama adalah jika mereka boleh mengesan kecurangan hanya dengan melihat pada gambar-gambar itu.
Responden kemudian diminta memberikan ranking wajah-wajah tersebut pada skala 1 hingga 10, di mana 1 bermaksud "tidak mungkin curang" dan 10 adalah "sangat berkemungkinan untuk curang".
Hasilnya, lelaki dan wanita boleh mengesan jika lelaki lain curang, tetapi lelaki tidak boleh membuat penilaian terhadap wanita.
"Kedua-dua lelaki dan wanita menunjukkan ketepatan dalam menilai air wajah lelaki tetapi bukan wajah wanita.
"Ia secara umumnya berkait rapat dengan pameran maskuliniti, walaupun penyelidik turut membuat satu kesimpulan lain yang menunjukkan lelaki dengan rupa paras kurang menarik lebih kerap dinilai sebagai setia.
"Namun mengejutkan kerana walaupun lelaki tampan dinilai akan atau berkemungkinan curang, mereka jarang terbabit dalam aktiviti yang menjurus kepada curang secara fizikal," kata para penyelidik dalam jurnal Royal Society Open Science.
Walaubagaimanapun, salah seorang penyelidik yang terlibat dalam laporan itu, Dr Yong Zhi Foo, mengingatkan orang ramai agar tidak cepat membuat kesimpulan.
"Jika kita terlalu bergantung kepada tanggapan pertama, ada kemungkinan kita akan membuat kesilapan besar.
"Dapatan kajian itu tidak boleh dijadikan penanda aras atau mempengaruhi cara kita menjalani kehidupan seharian," kata Foo kepada Agence France-Presse.
Agensi
Thu Apr 18 2019

Satu kajian mendapati lelaki dan wanita boleh mengesan jika lelaki lain curang, tetapi lelaki tidak boleh membuat penilaian terhadap wanita. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Berang dicurangi, lelaki tikam isteri berkali-kali hingga mati
ML yang berasal dari Nusa Tenggara Timur (NTT) turut berasa kesal kerana terlalu mengikut rasa amarah pada hari kejadian.

“Janganlah main sentimen itu" - Fattah ada bukti transaksi nafkah untuk Fazura, Fatima
Pelakon Fattah Amin kesal dengan kenyataan bekas isterinya, Nur Fazura yang mendakwa dirinya mengabaikan tanggungjawab tidak memberikan nafkah.

Lelaki bunuh, tanam mayat isteri hamil 5 bulan belakang rumah
Siasatan awal mendapati AS tergamak menetak isterinya dengan parang hingga mati kerana khabar angin mangsa kononnya berlaku curang.

Sihir isteri sendiri kerana curang
Motif pembunuhan itu dirancang oleh suaminya kerana cemburu disebabkan isterinya mempunyai kekasih gelap.

Wanita serang suami berkepit dengan kekasih di ekspo
Netizen 'mengamuk' teman wanita lelaki berkenaan masih boleh tersenyum ketika aksinya dirakam.

Tiada persefahaman, curang antara punca utama penceraian di Malaysia - LPPKN
Tiada persefahaman, pasangan curang dan campur tangan mentua antara punca utama berlaku penceraian dalam kalangan pasangan berusia antara 35 hingga 39 tahun di negara ini.

Hampir setahun bercerai, bekas isteri Tegar Septian bernikah kali ketiga
Bekas isteri kepada penyanyi Tegar Septian iaitu Sarah Sheilka membuat kejutan dengan memberitahu yang dirinya kini sudah bernikah dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Andy.

"Curang adalah satu pilihan, setia adalah tanggungjawab" - Farid Kamil
Kemelut rumah tangga pasangan ini belum bernoktah apabila Farid enggan menceraikan Diana dengan alasan percaya hubungannya dengan isteri boleh diselamatkan.

Dapat firasat mimpi, isteri bongkar penyanyi 'Surat Cinta Untuk Starla' main kayu tiga
Dakwa Ina, wanita berkenaan merupakan individu yang pernah meminta Virgoun membiayai pengajiannya.

Jangan bertindak atas rasa tertarik, antara strategi elak berlaku curang
Terdapat strategi yang anda dan pasangan boleh amalkan untuk mengelakkan perselingkuhan.