SEORANG wanita transgender dari Bruni, Texas, Amerika Syarikat percaya bahawa dirinya adalah transgender paling banyak melalu proses transformasi.
Eva Tiamat Medusa sudah membelanjakan lebih £42,000 (RM228,321) untuk mengubah dirinya menjadi seekor naga.
Ya, Eva nekad menjadi seekor naga.
Perjalanannya mengubah diri menjadi seekor haiwan reptilia ini bermula apabila Eva disahkan dijangkiti virus HIV dan perkara itu membuatkan dirinya nekad untuk tidak mati sebagai seorang manusia.
Eva, 53 tahun, yang sebelum ini bekerja sebagai timbalan presiden bagi sebuah bank yang terkenal di Amerika Syarikat, mengakui dia sudah lama bercita-cita untuk menjadi seekor naga.
Menerusi Metro.uk, Eva disisihkan oleh kedua ibu bapanya seawal usia lima tahun dan percaya bahawa dia telah dilahirkan semula dan dijaga oleh seekor ular.
Bagi merealisasikan cita-citanya ini, Eva bermula dengan mencacah tatu di tubuh badannya dan menukar bentuk asal hidungnya termasuk membuang kedua-dua telingnya.
Selain itu, lebih mengerikan apabila Eva turut mewarnakan bahagian mata putihnya agar ia kekal hijau dan turut mempunyai lapan tanduk kecil di dahinya.
Jelasnya, dia merancang untuk menjalankan lebih banyak transformasi di badannya di masa akan datang kerana baginya proses ini merupakan suatu yang indah baginya.
Eva kini tidak lagi mengklasifikan dirinya sebagai seorang manusia tetapi menggelar dirinya 'trans-species'.
Agensi
Tue Feb 27 2018
Perjalanannya mengubah diri menjadi seekor haiwan reptilia ini bermula apabila Eva disahkan dijangkiti virus HIV.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
Wanita transgender ini nekad menjadi 'naga'
Seorang wanita transgender dari Bruni, Texas, Amerika Syarikat percaya bahawa dirinya adalah transgender paling banyak melalu proses transformasi.