Bertitik mula daripada kematian rakannya yang lemas ketika menyertai kejohanan triathlon pada 2007, Ahmad Fadzil Samsudin, 65, akan menyertai Kejohanan Ironman Langkawi 2017, Sabtu ini selepas 10 tahun mengumpul semangat untuk meneruskan hasrat rakan baiknya itu.
Ahmad Fadzil yang merupakan pesara kerajaan berkata dia dan rakan baiknya, Muhammad Zubir Zainal Abidin telah membuat perancangan untuk menyertai kejohanan Ironman pada tahun 2009 sebelum impian tersebut musnah selepas rakannya itu lemas.
"Kami berkawan sejak zaman sekolah lagi dan menyambung pelajaran tinggi bersama-sama. Pada 2007, arwah yang menyertai kejohanan triathlon di Pork Dickson telah ditemukan lemas semasa melakukan disiplin berenang dan sejak itu hasrat kami tertangguh.
"Tetapi, dalam masa yang sama saya dapat rasakan bahawa arwah mahu saya teruskan impian yang kami buat dahulu dan sebab itu, selepas 10 tahun saya akhirnya akan menyertai kejohanan ini untuk diri saya dan juga arwah," katanya kepada pemberita di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini, pada Khamis.
Katanya, dia tidak meletakkan sebarang sasaran namun ingin memastikan dirinya dapat menamatkan ketiga-tiga displin perlumbaan iaitu berenang sejauh 3.8km, berbasikal 180km dan berlari sejauh 42.2km.
Bapa kepada lima anak itu berkata walaupun trauma selepas rakannya meninggal dunia, dia berusaha untuk mengatasi perasaan tersebut dengan menyertai kejohanan triathlon di Melaka pada tahun 2016 tanpa pengetahuan keluarganya.
"Masa mulanya, saya sertai secara senyap-senyap tetapi sekarang keluarga sudah tahu dan mereka memberi sokongan yang padu kepada saya. Mereka tidak bimbang kerana tahu saya memang boleh dan mampu untuk sertai kejohanan ini.
Saya mula berlari dan mengayuh basikal sejak 12 tahun lalu jadi saya yakin dengan persediaan latihan sejak beberapa bulan lalu mampu membantu saya untuk sampai ke garisan penamat nanti," katanya.
Katanya, walaupun yakin mampu tiba di garisan penamat dalam waktu yang ditetapkan, dia merasakan berenang merupakan disiplin paling sukar kerana kuak renangannya tidak semahir atlet-atlet yang lain namun dia akan cuba sedaya upaya.
Ahmad Fadzil berkata dia akan mendedikasikan kejayaannya kepada arwah rakan baiknya itu apabila berjaya tiba di garisan penamat nanti.
--BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2017

Kejohanan Ironman Langkawi 2017 bakal berlangsung Sabtu ini. - Gambar fail

Wanita dipenjara 10 tahun kerana amang seksual anak perempuan jiran
Seorang wanita dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun.

Empat RUU berkaitan kecekapan perkhidmatan, kerajaan tempatan dibentang di Dewan Rakyat
RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 bertujuan meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan.
[TERKINI] Dua lagi kakitangan digantung, pengurusan Astro bertemu MCMC
Astro Audio adakan siasatan dalam terperinci berhubung kes kandungan dalam talian yang menimbulkan sensitiviti dalam kalangan masyarakat khususnya kaum India. Pengurusan Tertinggi Astro telah mengadakan perjumpaan dengan MCMC.

Kandungan kurang sensitif: Astro Audio bertemu MCMC, gantung tugas Azad, Nabil, Radin dan dua lagi
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Pagi ERA dan dua lagi.

Pengembalian autonomi Parlimen sebahagian besar reformasi institusi Madani - PM
Kerajaan mahu pastikan Parlimen berfungsi sebagai badan legislatif yang benar-benar bebas, berwibawa, dan berdaya saing.
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis sahkan wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat 4 sebuah kondominium adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.

Raih gelaran Ironman Malaysia pada usia 61 tahun
USAHA yang konsisten dan belajar daripada kelemahan lalu menjadikan seorang lelaki berjaya meraih gelaran Ironman Malaysia pada usia 61 tahun.

Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.

Dua peserta triatlon masih dalam rawatan di Hospital Sultanah Maliha
Dua peserta kejohanan triatlon, Ironman yang berlangsung di Langkawi semalam masih dirawat di Hospital Sultanah Maliha (HSM), di Langkawi.

'Avengers: Endgame' dijangka pecah semua rekod kutipan, RM8 juta di Malaysia sahaja
Filem itu mungkin melakar sejarah dengan kutipan lebih RM4 bilion di seluruh dunia pada minggu pembukaan.

Trailer 'Avengers: Infinity War' trending, peminat mula kongsi ramalan jalan cerita
Trailer 'Avengers: Infinity War' kini mendapat hampir 30 juta jumlah tontonan di laman YouTube Marvel Entertainment.

Warga emas sertai Ironman, tunai hasrat arwah rakan karib
Ahmad Fadzil yang merupakan pesara kerajaan berkata dia dan rakan baiknya, Muhammad Zubir Zainal Abidin telah membuat perancangan untuk menyertai kejohanan Ironman pada tahun 2009.

'Spider-Man: Homecoming' catat kutipan lebih RM15 juta di Malaysia
Filem "Spider-Man: Homecoming" merekod kutipan lebih $15 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan di Malaysia.