KUALA LUMPUR: Perdana Menteri India Narendra Modi dalam ucapannya sempena Hari Yoga Antarabangsa edisi ketujuh yang disambut semalam (21 Jun) berkata yoga telah menjadi sumber kekuatan dalaman dalam kalangan masyarakat ketika penularan pandemik COVID-19 dan menyuntik keyakinan bahawa mereka dapat melawan virus tersebut.
"Yoga tidak hanya memfokuskan pada kesihatan fizikal tetapi juga kesihatan mental. Semasa COVID, beberapa kajian dilakukan, meneliti manfaat yoga pada imuniti dan tubuh badan kita," kata Modi, yang juga pengamal tegar yoga.
Sependapat dengan apa yang dikatakan Modi, jurulatih Yoga Malaysia SK Durai berkata virus COVID-19 menjejaskan paru-paru, latihan pernafasan dapat menguatkan paru-paru, selain meningkatkan fungsi organ pernafasan.
"Beberapa latihan pernafasan dapat membantu menghindari paru-paru mudah dijangkiti penyakit.
"Dalam konteks amalan yoga, prinsipnya adalah bersederhana. Haba memusnahkan penyakit, sejuk mengundang penyakit. Pergerakan adalah kesihatan, tidak bergerak mengundang penyakit.
"Oleh itu, melalui pelbagai latihan pernafasan, ia akan memanaskan paru-paru dan mungkin membantu melawan COVID-19," kata Durai yang juga Pengarah Sekolah Sakthi Yoga kepada Bernama melalui WhatsApp.
Mengulas lanjut, pengamal yoga berusia 36 tahun itu berkata, COVID-19 adalah penyakit pernafasan terutama menyerang paru-paru menyebabkan sukar bernafas dan mengganggu keupayaan tubuh.
Beliau juga mengesyorkan semua lapisan masyarakat mengamalkan yoga pada masa yang sukar ini kerana ia membantu menyegarkan organ dalaman dan merangsang fikiran.
Menurutnya prinsip yoga turut dapat mendidik seorang anak-anak untuk bersikap baik, berdisiplin, bersederhana dan jujur.
"Bukankah kita ingin setiap anak-anak memiliki semua kualiti ini? Menerusi latihan yoga, bukan sahaja mebantu menyihatkan tubuh badan malahan membantu melahirkan anak-anak yang mempunyai bakat luar biasa," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 21 2021

Yoga tidak hanya memfokuskan pada kesihatan fizikal tetapi juga kesihatan mental. - Gambar hiasan

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Mangsa terperangkap terowong di India amalkan yoga, meditasi
Kesemua mangsa mendapat saranan daripada pakar psikatri yang dihantar oleh pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kesihatan mental terjaga.

Wanita digigit iguana semasa lakukan yoga di tepi pantai
Wanita berkenaan dilihat sedang melakukan satu gaya yoga sebelum iguana terkenaan menghampiri wanita itu lalu mengigit jarinya.

Kelangsungan pengendali gimnasium selepas sebulan dibuka semula
Kelangsungan perniagaan tentunya penting, lebih-lebih lagi selepas tiga bulan ditutup, terutamanya dalam fasa pemulihan ekonomi pada ketika ini.

Tiga maut kejadian tembakan di studio yoga di Florida
Dalam kejadian yang berlaku di sebuah pusat membeli-belah kecil di bandar itu, Ketua Polis Tallahassee Michael DeLeo berkata, lima orang yang lain turut cedera.

'Viralkan I pula, please' - Atilia Haron tayang 'tatu'
Penyanyi Atilia Haron memuat naik fotonya di akaun Instagram (IG) peribadinya yang menunjukkan tatu penuh di bahagian perutnya.

Yoga, terapi sihat untuk tubuh badan dan minda - Pesuruhjaya Tinggi India
India mengakui bahawa semakan ramai rakyat Malaysia mengamalkan yoga kerana menyedari kesan positif yoga secara keseluruhan.