Ringkasan AI
- Ramai pengguna tidak menggemari Gemini pada Android kerana ia lebih leceh berbanding Google Assistant.
- Google telah menukar nama pemalam kepada aplikasi, memudahkan pengguna mengakses aplikasi terus melalui Gemini.
- Tiada perubahan pada penggunaan, hanya nama dan paparan dalam aplikasi Gemini yang berubah.
Lebih-lebih lagi dalam kawalan peranti Internet Benda (IoT) dan meminta Gemini mengawal atau mengakses perkhidmatan lain.
Perkhidmatan lain ini dinamakan sebagai pemalam dan terbaru Google mengubah gelarannya. Ia kini digelar hanya sebagai aplikasi.
Ini bermakna, setiap kali anda menyeru dan meminta Gemini melakukan sesuatu, ia tidak lagi mengakses pemalam tetapi terus mengakses aplikasi.
Ini mungkin adalah satu perkara baik kerana tidak mengelirukan pengguna yang kurang mahir dengan cara Gemini berfungsi.
Gemini memang sebenarnya mengakses aplikasi yang sedia terpasang dari dalam pengguna. Pengguna hanya perlu mengaktifkannya.
Tiada perubahan pada penggunaan, hanya pada nama dan paparan dalam aplikasi Gemini sahaja.
Cuma, kalau sudah bergelar aplikasi – diharapkan Google akan mengembangkan sokongannya agar Gemini boleh berfungsi sebagai Google Assistant untuk seru dan buka apa-apa aplikasi dalam peranti. -Amanz
