USAHA Huawei dalam pembangunan sistem operasi sendiri, HarmonyOS mula memperlihatkan kejayaan awal.
Mengikut data terkini berasaskan Counterpoint Research, kini HarmonyOS memegang takhta sebagai sistem operasi kedua paling popular di China.
Mengikut pegangan pasaran pada suku pertama 2024, HarmonyOS mempunyai pegangan pasaran sebanyak 17%, dan diikuti oleh iOS dengan pegangan sebanyak 16%.
Menduduki tangga pertama adalah Android, yang mempunyai pegangan majoriti pasaran mudah-alih bukan sahaja di China, tetapi di dunia.
Di China sendiri, permintaan untuk peranti Huawei mula meningkat kembali, apatah lagi dengan penawaran peranti menarik oleh pengeluar berkenaan.
Tidak setakat pengguna, sejumlah pembangun juga telah mula membangunkan aplikasi natif untuk platform HarmonyOS – selari dengan usaha Huawei untuk beralih keluar daripada integrasi Android pada sistem operasi berkenaan.
Huawei sendiri dijangka akan memperkenalkan HarmonyOS Next melalui siri Huawei Mate 70 akan datang kelak pada tahun ini. -Amanz
Amanz
Sun Jun 16 2024
HarmonyOS mempunyai pegangan pasaran sebanyak 17%, dan diikuti oleh iOS dengan pegangan sebanyak 16%.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
HarmonyOS kini sistem operasi mudah alih kedua paling popular di China, atasi Apple iOS
HarmonyOS mempunyai pegangan pasaran sebanyak 17%, dan diikuti oleh iOS dengan pegangan sebanyak 16%.
Huawei lancar sistem operasi HarmonyOS
Sistem tersebut turut tersedia untuk model tablet dan skrin pintar tertentu pada suku keempat tahun ini.
Huawei perkenal sistem operasi 'HarmonyOS'
Menurut Yu, HarmonyOS dicipta agar beroperasi lebih pantas dan selamat berbanding sistem operasi Android.