KUALA LUMPUR: Jenama telefon pintar HONOR bakal melancarkan HONOR X9b 5G pada 1 November ini bagi pasaran peminatnya di Malaysia bersama pelbagai ciri dipertingkatkan.
Dengan prestasi yang cemerlang menerusi model terdahulu, HONOR X9b sekali lagi membawa kekukuhan telefon pintar ke tahap baharu dari segi ketahanan dan penawaran spesifikasi bertaraf mercu serta kualiti tahan lasak dari semua sudut.
HONOR X9b menampilkan Paparan Antijatuh Melantun Ultra HONOR yang boleh menyerap sehingga 1.2 kali ganda kesan kejatuhan. Ciri tersebut membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar tanpa bimbang dalam kehidupan seharian mereka.
Dilengkapi dengan Teknologi Ultra-Bounce Anti-drop HONOR, model terbaharu ini boleh tahan jatuh sehingga ketinggian 1.5 meter dan meningkatkan kekuatan skrin sebanyak tiga kali ganda berbanding pesaingnya.
Teknologi Ultra-Bounce Anti-drop HONOR
Teknologi tersebut mempunyai struktur tiga lapisan iaitu pengukuhan separa skrin, perlindungan mampan sekitar disekeliling skrin serta perlindungan kedap dalam fiuslaj yang bertujuan untuk melindungi skrin, bingkai dan komponen dalaman.
HONOR X9b turut menjadi telefon pertama di dunia yang menerima pensijilan lima bintang rintangan jatuh setiap sudut yang dianugerahkan oleh SGS Switzerland.
Yakin dengan kualiti jenama, HONOR turut menawarkan Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari kepada semua pengguna yang membeli HONOR X9b.
Berbanding dengan Perlindungan Skrin Retak 180 hari yang dibagi ke pengguna HONOR X9a, jenama tersebut kali ini menyediakan dua kali ganda tempoh jaminan dan bahagian dilindungi (skrin dan panel belakang).
Jadi, jika skrin atau panel belakang retak dalam tempoh 365 hari selepas pembelian, ia akan diganti secara percuma. Menerusi tawaran itu, HONOR menjadi satu-satunya jenama di pasaran yang menjanjikan penggantian tanpa bayaran.
Spesifikasi dan ciri dipertingkatkan
HONOR X9b hadir dalam tiga varian pilihan termasuk Titanium Silver, Midnight Black dan Sunrise Orange. Sunrise Orange didatangkan dengan rekaan kemasan kulit vegan leather yang memberikan rasa sangat premium dan bebas cap jari.
Ia turut dikuasakan dengan bateri berkapasiti 5,800mAh yang mampu bertahan sehingga tiga hari selain hadir dengan storan dan memori 20GB+256GB terbesar dalam kelasnya dan UFS3.1 lebih pantas.
Ia juga menawarkan keselesaan pengguna apabila dilengkapi skrin perlindungan mata kecerahan tinggi beresolusi 1.5k, selain kamera Ultra Jelas 108MP untuk penghasilan gambar yang lebih jelas.
Pra tempah HONOR X9b pada harga RM1,499 dari 1 hingga 9 November ini bagi mendapatkan sebuah telefon pintar tahan lasak semua sudut dan juga didatang dengan spesifikasi yang bertaraf fon flagship.
Hadiah pra-tempah bernilai sehingga RM978 termasuk Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari, HONOR Choice Moecen Band dan HONOR Choice Earbuds X5.
Haikal Raman
Wed Nov 01 2023
Teknologi Ultra-Bounce Anti-drop HONOR bagi model terbaharu ini membolehkan HONOR X9b 5G tahan jatuh sehingga ketinggian 1.5 meter. - Gambar HONOR
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
HONOR X9b 5G definisi baharu telefon pintar paling tahan lasak
HONOR X9b sekali lagi membawa kekukuhan telefon pintar ke tahap baharu dari segi ketahanan dan penawaran spesifikasi bertaraf mercu.