KESELAMATAN siber bukan bergantung pada sistem dan infrastruktur terkini tetapi kepada pengguna yang bijak dan proaktif.
Itu kesimpulan yang mudah kepada persoalan; adakah perisian atau peranti yang kita gunakan setiap hari selamat digunakan?
Hendak pakai aplikasi Zoom atau tidak pakai Zoom, semua bergantung kepada kesedaran masing-masing dalam keselamatan siber.
Seperti mahu mengelak dijangkiti COVID-19 dengan membasuh tangan, mengelap barang-barang yang dibeli dari pasar raya menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum disentuh oleh ahli keluarga, kita perlu juga tahu tindakan awal yang perlu kita lakukan sebelum memuat turun sebarang aplikasi atau dokumen dari alam siber.
Tidak kiralah kita ini pakar IT atau tidak, pada era Revolusi Industri 4.0 ini, jika anda mahu terlibat dalam penggunaan teknologi terbaharu ini, anda perlu mempunyai pengetahuan dan sentiasa berwaspada terhadap apa jua tindakan anda di alam siber.
Tiada jenama atau perisian anti-virus atau anti-malware terbaharu dapat menjamin dan melindungi anda daripada sebarang serangan penjenayah siber, kecuali diri anda sendiri yang melindunginya dengan pengetahuan.
Walaupun peranti anda mempunyai sistem operasi terbaharu dan juga anti-virus terkini, pencerobohan tetap boleh berlaku apabila anda klik kebenaran untuk mengakses kepada komputer anda dari sesebuah aplikasi, ibarat memberi kunci rumah anda kepada seorang pencuri.
Seperti juga COVID-19, jika seorang daripada ahli keluarga sudah dijangkiti virus itu, perisian jahat ataupun malware yang sudah dimuat turun pada sebuah peranti, mungkin boleh dimanipulasikan penjenayah siber untuk menyebarkannya ke seluruh peranti lain yang digunakan oleh ahli keluarga anda, seperti menerusi wi-fi dan sebagainya.
Itu baharu mengenai malware dan virus, belum lagi penjenayah siber yang mengambil kesempatan terhadap krisis COVID-19 ini untuk mengunci data-data anda dengan ransomware, yang memerlukan anda membayar sejumlah wang kepada mereka itu untuk membukanya kembali.
BACA: Ribuan rakaman video Zoom terdedah
VIDEO: Zoombombing: Penceroboh hasut pengguna aplikasi Zoom
Apakah ancaman keselamatan siber sejak berlakunya krisis COVID19 ini?
Ada banyak ancaman di luar sana termasuk laporan terdapat pemindahan wang yang tidak sah di aplikasi perbankan dalam talian yang mungkin ada kaitan dengan kelemahan keselamatan dan privasi aplikasi persidangan web seperti Zoom.
Menurut penasihat keselamatan siber bebas, Razwan Mokhtar, setiap hari mereka menerima laporan ribuan serangan siber dari seluruh dunia dengan menggunakan indikator Corona Virus ataupun COVID-19 sejak Januari 2020.
“50 peratus laman web baharu yang menggunakan nama domain berkaitan koronavirus yang didaftar untuk phising attack (memancing data) dengan menghantar berita palsu, contohnya laman web malaysiacoronavirus.com, coronavirusmalaysia.com dan malaysiacovid.com,”
“Kami juga telah menerima e-mel daripada pihak bekuasa dari luar negara yang menggunakan alamat rasmi di mana kami yakin e-mell tersebut telah digodam,” kata Razwan.
Siapakah penjenayah siber dalam serangan kali ini?
Daripada 15,000 serangan siber yang dapat dikesan di negara ini, terdapat 11 kumpulan penjenayah siber menggunakan 39 variasi malware yang baharu dan 80 teknik terkini.
Mereka adalah penjenayah siber yang terancang, antara yang dikesan memang terdapat dari Malaysia dan juga beberapa negara luar.
“Dari kajiaan kami, ada di antara mereka yg telah wujud sejak tahun 2014. Mereka beroperasi di dalam kumpulan yang besar dan amat pantas dalam menghilangkan kesan-kesan pencerobohan.
“Mereka sangat gigih dan mempunyai sasaran tersendiri, sebagai contoh, ada kumpulan penjenayah ini yang hanya fokus untuk menggodam akaun bank untuk individu, ada pula yang hanya fokus untuk mencari maklumat dari syarikat dan juga kerajaan,” jelas Razwan.
Paling terbaharu, mereka mula untuk menggodam pusat perubatan, jadi apa yang mereka mahu?
Bagi Razwan, mereka hanya ada satu tujuan, mereka inginkan maklumat anda.
Maklumat lebih berharga daripada cuba untuk mencuri kereta anda yang mungkin agak sukar untuk menjana kewangan.
Apakah pula penjenayah siber boleh buat dengan maklumat yang telah dicuri?
Dari data peribadi anda, mereka boleh menghasilkan informasi palsu untuk melakukan penipuan terhadap semua yang berkait dengan akaun bank.
Apa yang anda boleh buat sebagai pengguna harian teknologi terkini?
Nasihat Razwan kepada kita semua adalah:
1. Berhati-hati dan peka terhadap semua email, sistem pesanan ringkas yang bertemakan COVID-19 daripada orang yang tidak dikenali dan juga yang dikenali. Ini termasuk email dari rakan sekerja dan keluarga anda. Hubungi mereka untuk kepastian, adakah mereka yang menghantar email atau mesej dan menghasilkan lampiran tersebut.
2. Memastikan anda tidak mudah klik pada lampiran ataupun attachment (lampiran) yang mempunyai hyperlink ataupun hiperpautan, terutama dengan penghantar yang meminta kita untuk klik pada sebuah laman web yang kita kurang pasti keasliannya.
3. Buat masa ini, kita kena rajin memeriksa URL ataupun laman web yang kita tuju, terdapat beberapa laman web yang memberi khidmat nasihat secara percuma. Kita juga perlu ingat tidak semestinya jika laman web tersebut sudah tersulit (encrypted), laman web itu tidak melakukan perkara yang tidak baik.
4. Ini amat penting, sila kemas kini komputer anda dan sistem operasi peranti mudah alih anda. Bagi yang menggunakan perisian tidak asli, jangan menggunakan komputer anda untuk perbankan dalam talian, dapatkan yang sistem operasi yang asli.
5. Untuk perniagaan di luar sana, anda perlu memberikan latihan kesedaran siber dan kerap berkomunikasi di antara rakan sekerja. Mereka perlu tahu bagaimana untuk mengesan ancaman siber and cara untuk membuat laporan.
Perlu diingat, kanak-kanak yang menggunakan telefon pintar juga perlu diberi kesedaran tentang keselamatan siber, jika tidak mereka juga boleh menyebabkan penjenayah siber menceroboh sistem di alam maya rumah anda.
Semua orang tidak kira tua atau muda perlu mengambil tahu tentang ancaman ini, ia adalah ancaman benar dan bahaya seperti juga ancaman COVID-19!
Ian Johan Ariff
Wed Apr 08 2020
Pengguna perlu ambil tahu, jika tidak penjenayah siber akan mudah pasang perangkap. - Foto www.vecteezy.com
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
AWANI Pagi :Kurang minat SPM: Perlu empati atau kritikan
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Dr. Nur Shahidah Paad, Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) membincangkan mengenai psikologi kumpulan pelajar yang tidak berminat dengan peperiksaan penting seperti SPM dan bagaimana cara sewajarnya memberi motivasi kepada mereka untuk mementingkan ilmu menjamin masa depan.
500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.
Nippon Paint sumbang 1,000 liter cat anti-virus dan anti-bakteria kepada Hospital Sungai Buloh
Datin Wong Meng Lee memaklumkan sumbangan Nippon Paint VirusGuard itu merupakan tanda penghargaan atas dedikasi dan usaha barisan hadapan berdepan saat yang sukar ini.
Nak Zoom ke tak nak Zoom? Selamatkah duit saya dalam bank?
Jangkitan virus di komputer sama seperti jangkitan COVID-19 kepada manusia, semua bergantung kepada sikap seseorang itu sendiri.
Kombinasi kejuruteraan sosial & anti-virus perlu untuk atasi Zeus
Kejuruteraan sosial mengenai keselamatan dalam penggunaan internet serta perisian anti-virus yang dikemas kini perlu untuk atasi Zeus.