BYTEDANCE sedia melakukan sejumlah pelaburan dan kajian dalam pembangunan model-model kecerdasan buatan.


Ringkasan AI
  • ByteDance memperkenalkan model janaan video "Goku" dalam bentuk sumber terbuka, membolehkan pengkaji dan pembangun menyemak dan menggunakan model ini secara bebas.
  • Goku menggunakan teknologi Transformer dengan aliran yang diperhalusi, meningkatkan interaksi antara token gambar dan video untuk menghasilkan visual berkualiti tinggi. Model ini menyokong janaan teks ke video, imej ke video, dan teks ke imej.
  • Goku boleh digunakan untuk menjana video iklan, mengurangkan kos penghasilan dan menghasilkan video yang lebih realistik berbanding penawaran lain di pasaran.


Terbaharu, ByteDance bersama sejumlah pengkaji memperkenalkan model janaan video tersendiri, dinamakan sebagai “Goku”.

Goku diperkenal dalam bentuk sumber terbuka, membolehkan pelbagai pengkaji dan pembangun turut menyemak penawarannya.

Difahamkan model ini berasas kepada Transformer yang alirannya diperhalusi, bagi menambah baik hubungan dan interaksi antara token gambar dan video. Ia sekali gus membolehkan penghasilan visual berkualiti tinggi.

Goku dilihat menyokong beberapa sokongan janaan, termasuk teks ke video, imej ke video, dan teks ke imej.


ByteDance melalui halaman berkenaan Goku juga turut menyatakan ia boleh digunakan untuk janaan video iklan – sekaligus mengurangkan kos penghasilan secara mendadak. Video yang dihasilkan juga dilihat lebih realistik berbanding pelbagai penawaran lain di pasaran.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak kertas kajian dan kodnya melalui laman rasmi Goku hari ini. -Amanz