Ringkasan AI
- Apple dijangka memperkenalkan iPhone SE generasi baharu pada 19 Februari 2025, seperti yang diacah oleh Tim Cook melalui media sosial.
- iPhone SE baharu dijangka menggantikan Touch ID dengan Face ID, menyokong USB-C, dan menerima pelbagai kemas kini spesifikasi untuk menjalankan Apple Intelligence.
- Tim Cook mengisyaratkan pengenalan ahli baharu dalam keluarga iPhone, menandakan pelancaran rasmi iPhone SE baharu minggu hadapan.
Selari dengan itu, Tim Cook melalui media sosial X mengacah pengenalan produk baharu Apple yang dijadualkan pada 19 Februari 2025, iaitu pada minggu hadapan.
Tim Cook mengatakan “bersedia untuk menemui ahli baru dalam keluarga”, sekali gus memberikan petanda pengenalan iPhone SE baharu dalam keluarga iPhone.
Mengikut spekulasi sebelum ini, iPhone SE dijangka menggantikan penggunaan Touch ID kepada Face ID, selain turut hadir dengan sokongan USB-C, dan juga pelbagai kemas kini spesifikasi bagi membolehkan ia menjalankan Apple Intelligence.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat kejutan dan harga jualan iPhone SE baharu ini. -Amanz
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)