PELANGGAN YouTube Premium kini boleh menguji beberapa ciri baharu seperti kualiti audio yang lebih tinggi ketika menonton video.


Ringkasan AI
  • Pelanggan YouTube Premium boleh menguji kualiti audio lebih tinggi pada tetapan 256kbps dan ciri Jump Ahead untuk melangkau ke bahagian video yang menarik.
  • Video boleh ditonton pada kelajuan 4X di aplikasi telefon pintar, dan ciri gambar-dalam-gambar (PIP) serta muat turun YouTube Shorts kini disokong untuk pengguna iOS.
  • Semua ciri ini perlu diaktifkan secara manual melalui tetapan "Try experimental new features" dalam aplikasi dan boleh digunakan sehingga 19 Februari.


Menerusi ciri eksperimen ini, audio pada tetapan 256kbps dapat dinikmati.

Turut diumumkan ialah ciri Jump Ahead kini boleh digunakan pada pelayar web selepas hanya diaktifkan dalam aplikasi telefon pintar sahaja.

Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.

Seterusnya video boleh ditonton pada kelajuan 4X pada aplikasi telefon pintar yang merupakan peningkatan daripada kelajuan maksimum 2X. Untuk pengguna iOS pula, ciri gambar-dalam-gambar (PIP) dan muat turun YouTube Shorts juga akhirnya disokong setelah sekian lama eksklusif untuk aplikasi Android.

Kesemua ciri ini perlu diaktifkan secara manual menerusi tetapan Try experimental new features dalam aplikasi.

Aktifkan dengan segera untuk mencuba kerana ia boleh digunakan sehingga 19 Februari sahaja. -Amanz