Insiden rusuhan penyokong di Stadium Darulmakmur, pada aksi separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan kelab Johor Darul Takzim Selasa lalu menjadi tumpuan media arus perdana minggu ini.
Kehadiran penonton melebihi kapasiti stadium itu,memaksa komisioner perlawanan menangguhkan perlawanan atas faktor keselamatan.
Lebih menduka-citakan adalah apabila terdapat, sekumpulan penyokong Harimau Selatan yang diserang dan mengalami kecederaan.
Mujur pihak berkuasa yang bertugas, dapat memastikan keadaan kembali terkawal dan tiada insiden lebih serius berlaku.
Insiden ini turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang kecewa dengan kegagalan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) mengendalikan perlawanan tersebut dengan baik.
Namun, untuk berlaku adil kepada FAM, memang benar mengikut peraturan Liga M, badan induk itu hanya bertanggungjawab dalam aspek teknikal perlawanan dan tanggungjawab selebihnya adalah PBNP selaku tuan rumah.
Tetapi, kekalutan yang berlaku sebenarnya dapat dielakkan jika setiap ahli gabungan negeri FAM bersikap profesional dan bersedia menghadapi situasi yang tidak dijangka seperti ini.
Saya berharap insiden di Stadium Darulmakmur, mampu menjadi pengajaran bagi memastikan ia tidak lagi berulang selepas ini.
Terdapat juga desas-desus, mengenai penjualan tiket tiruan dan jika ia benar berlaku, sudah pasti terdapat dalang yang mengaut keuntungan.
Kita sudah memasuki era profesional sejak 1994, namun kita masih berdepan masalah di era amatur seperti penjualan tiket tiruan.
Gejala rasuah bola sepak yang sebelum ini kerap dikatakan sudah kembali ke kancah liga M turut tidak boleh kita lupakan.
Selaku penulis sukan yang sudah sedekad, membuat liputan sukan di negara ini, saya percaya kaedah terbaik untuk menanganinya adalah dengan memastikan kancah bola sepak kita profesional sepenuhnya.
Maksud profesional di sini bukan saja daripada pemain, tetapi pengurusan pasukan, tiket, pemasaran dan segala aspek dalam industri bola sepak kita.
Mungkin sudah tiba masanya KBS pimpinan Khairy kini, duduk semeja dengan pucuk pimpinan FAM bagi mencari pendekatan terbaik dalam memastikan bola sepak negara profesinal sepenuhnya.
Apa pun, saya menyedari cadangan yang saya lontarkan ini kemungkinan sukar berlaku kerana, kebanyakan ahli gabungan negeri FAM masih gemarkan pentadbiran "Ala Amatur".
Fadzrie Hazis
Sat Jun 01 2013
Anwar terima kunjungan Dr Omar Suleiman, bincang gencatan senjata di Gaza
Pertemuan itu membincangkan perkara berkaitan gencatan senjata di Gaza, situasi terkini perkembangan Islam di bawah kepimpinan Presiden Donald Trump.
Lawatan rasmi Presiden Uzbekistan ke Malaysia yang pertama dalam tempoh 20 tahun - Duta
Ini merupakan lawatan pertama Shavkat Mirziyoyev ke Asia Tenggara selepas pilihan raya presiden pada 2023.
Kabinet Belarus letak jawatan
Menurut Perlembagaan Belarus, perdana menteri dan kabinet perlu meletak jawatan selepas pilihan raya.
Trump tangguh tarif Amerika ke atas Mexico selama sebulan
Mexico akan kerah 10,000 tentera Pengawal Kebangsaan di sepanjang sempadan AS-Mexico untuk memerangi penyeludupan fentanyl.
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4
Nicolas Proske dan Ben Hasbach muncul wira apabila masing-masing meledak empat jaringan membantu Jerman memperoleh keseluruhan 12 jaringan.
Kabinet baharu Belgium angkat sumpah
Bart De Wever, ketua parti nasionalis Flemish N-VA yang memenangi pilihan raya persekutuan Jun lalu, memegang jawatan sebagai perdana menteri.
Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil susulan gempa bumi di Pulau Santorini, Greece
Lebih 300 gegaran telah menggegarkan Santorini dan pulau-pulau berdekatan, termasuk Amorgos, sejak Jumaat.
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Kim Swee pilihan sesuai
Fadzrie berpendapat, FAM kelihatan seakan memberi peluang buat Kim Swee, membuktikan dia berhak diberi perlantikan secara tetap.
Sukan SEA uji keterbukaan Myanmar
Fadzria Hazis menulis pengalamannya menjejak kaki buat kali pertama ke negara tuan rumah Sukan SEA ke-27, Myanmar sejak sedekad menjadi penulis sukan.
Bale lakar rekod baru
Bale mungkin pemain termahal dunia, tetapi Ronaldo tetap dilihat sebagai antara pemain paling berpengaruh di Real dan juga ketika di bilik persalinan pemain skuad Galacticos.
Pentingnya ranking FIFA, FAM akhirnya akur
Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM) akur kepentingan ranking dunia FIFA skuad kebangsaan dan lebih menarik, ia diakui sendiri Presiden badan induk itu, Sultan Ahmad Shah.
PFAM akan menjaga hak dan kepentingan pemain
Dengan perlantikan Hairuddin Omar sebagai Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) akan membantu dengan membawanya ke Fifpro, sebelum dirujuk ke FIFA.
Bola Sepak Malaysia perlu profesional setiap sudut
Kekalutan perlawanan Pahang dan JDT dapat dielakkan jika setiap ahli gabungan negeri FAM bersikap profesional dan bersedia menghadapi situasi yang tidak dijangka.
Artikel 88 dikaji semula, Azzudin ucap selamat tinggal
Mesyuarat Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM 10 April lalu mencuri tumpuan, dengan beberapa keputusan dicapai badan induk itu.
Skuad hoki cetuskan harapan, Harimau Malaya hidupkan cabaran
Syabas diucapkan kepada skuad hoki kebangsaan, bimbingan Paul Revington yang berjaya muncul naib juara Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, minggu lalu.
Anugerah SAM Iktiraf peranan wartawan sukan
Berbeza dengan anugerah sukan lain, anugerah SAM bukan saja memberi penghargaan kepada atlet tetapi juga kepada warga wartawan sukan.
Kepulangan Nazmi amat mengejutkan
Kepulangan mengejut pemain bola sepak remaja kebangsaan, Nazmi Faiz Mansor dari Portugal jelas mengejutkan pemerhati sukan tempatan.