SEPANJANG dua minggu ini, sorotan dunia dihalakan ke rantau Asia Timur, lebih khusus Semenanjung Korea. Perhatian diberikan atas sebab cemas seandainya perang nuklear sebagaimana ancaman Pyongyang menjadi kebenaran. Sekali pun skeptical bahawa kepimpinan Korea Utara yang diterajui si rambut pelik, Kim Jong-un ada keupayaan untuk melancarkan perang nuklear, asas bahawa negara komunis itu memiliki senjata pemusnah tidak boleh diabaikan sama sekali.
Aktor atau pelaku utama dalam drama ancaman perang ini tentunya Korea Utara. Manakala pelakon bersama menggerakkan latarnya, tidak lain tidak bukan Amerika Syarikat dan sekutunya Korea Selatan. Dapat dilihat bagaimana Washington agak gementar dengan ancaman perang terbaru oleh Pyongyang itu. Melalui kenyataan Menteri Pertahanannya, Chuck Hagel, ia mengakui bahawa reaksi Pyongyang terhadap sekatan kerana melancarkan ujian nuklear dan ancaman-ancaman yang menyusul selepasnya adalah sesuatu yang membahayakan dan cukup meruncing.
Ketika keadaan di Semenanjung Korea masih lagi tidak reda selepas dua minggu dalam kebimbangan, itulah sebabnya Washington meminta komitmen China untuk sama-sama memastikan rantau Asia Timur bebas perang nuklear. Lawatan Setiausaha Negara AS, John Kerry antara lain memuji tindakan China yang tidak lagi memberi bantuan kepada Pyongyang selepas negara itu menarik diri daripada menyertai rundingan enam negara berhubung isu nuklear Korea Utara tiga tahun lalu. Kerry juga ke Seoul, kunjungan yang bermatlamat cuba menjadi hero elakkan perang nuklear di Asia Timur.
Merujuk kepada perkembangan di Asia Timur, lebih khusus, ancaman perang nuklear, semuanya bermula dengan AS. Negara kuasa besar itu mencanangkan bahawa, dunia ini sudah selamat apabila persaingan kuasa AS dan Soviet berakhir serta Perang Dingin tamat. Tetapi dalam diam-diam dan rahsia, semasa pentadbiran bekas Presiden George W. Bush, ia mengarahkan penggunaan senjata nuklear ke atas sekurang-kurangnya tujuh negara. Ancaman itu tidak berubah sehingga sekarang, malah mewariskan keadaan yang sentiasa terdedah kepada ancaman dan balasan. Tujuh negara itu antaranya, China, Rusia, Iraq, Korea Utara, Iran , Libya dan Syria.
Rasionalnya arahan itu, di sebelah Asia Barat, Pentagon harus bersedia untuk melancarkan senjata nuklear dalam konflik Arab-Israel. Keadaan itu nampak jelas sekali, terutamanya semasa perang di Iraq dan kini Iran dan Syria dalam perkiraan Washington. Malah, senjata tersebut perlu digunakan jika Israel diserang Iran atau negara lain. Begitu juga di sebelah rantau Asia Timur, pertahanan AS harus bertindak menggunakan nuklear dalam perang antara China dengan Taiwan atau dalam serangan Korea Utara ke atas Korea Selatan.
Sudah tentu tujuh negara itu tidak senang dengan ancaman AS itu, walaupun mereka menyedari tiada potensi untuk menyaingi kuasa besar dunia itu. Kepada AS, daripada tujuh negara itu, paling berpotensi ialah Rusia dan China, namun tidak menolak bahawa bukan mustahil negara lain boleh bertindak jika berpeluang.
Pertimbangkan perkara ini. AS menang Perang Dunia Kedua kerana menggugurkan bom nuklear di Nagasaki dan Hiroshima, Jepun walaupuntidak berpeluang menggunakan nuklear ke atas Jerman. Begitu juga di Vietnam,Afghanistan dan Iraq , nuklear digunakan secara menyeluruh oleh AS untuk menjadikannya kuasa terunggul dunia. Itulah sebabnya juga kuasa AS terus kukuh dengan menggunakan senjata nuklear dan ancaman perang menggunakan pengeboman. Kekuatan senjata nuklear itu juga yang memastikan keunggulan Israel di Asia Barat dan kekebalan Taiwan di Asia Timur.
AS mungkin boleh terus memperoleh manfaat daripada strategi ini tetapi risiko kepada dunia amat tinggi. Jika berlaku peperangan, maka serang balas menggunakan senjata nuklear boleh memusnahkan bumi. Misalnya, kalau AS menggugurkan bom nuklear ke atas China, tentu Rusia akan merasa terancam dan menyerang balas. Begitu juga jika Pyongyang menyerang, maka AS tidak akan berdiam diri. Sebagai kuasa unggul dunia, ia perlu bertndak mempertahankan Seoul. Maka, berbalas serangan menggunakan nuklear pula akan berakhir dengan kemusnahan bumi.
Pada masa sekarang, perang nuklear dianggap mustahil akan berlaku. Pyongyang dikatakan tidak ada upaya, kerana ekonominya lemah, untuk melancar perang. Tetapi, pertimbangkan juga perkara ini, peristiwa 11 September 2001, juga dianggap mustahil, tetapi ia berlaku juga, jadi kenyataan dan kini tinggal sejarah.
Dunia tidak boleh menerima satu lagi perang atas sifatnya yang memusnahkan bumi dan planet. Di sisi lain, banyak perkara lagi yang lebih penting untuk dipertimbangkan daripada memikirkan ancaman perang satu lagi. Upamanya, musim pilihan raya yang akan berlaku sebagaimana bakal terjadi di Malaysia. Bagi negara dunia yang sudah mengadakan pilihan raya pula, pembentukan kerajaan pasca proses demokrasi itu juga penting untuk menjadi bukti tunai janji kepada rakyat.
Jadi, tuan berambut pelik, Kim Jong-un, sila tangguhkan, atau batalkan terus niat untuk menyerang Korea Selatan atau kepentingan AS pada bila-bila masa. Ia bukan sahaja membolehkan planet ini kekal terpelihara , malah lebih penting, penghuni dunia yang turut diwakili rakyat Malaysia berupaya menegakkan hak asasi, diberikan eksklusif untuk mereka, iaitu memilih dalam keadaan aman.
Dr Azlinariah Abdullah
Mon Apr 15 2013

Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kerajaan perlu tumpu tangani krisis kesihatan, masalah ekonomi dan contohi negara-negara Asia Timur
Kerajaan tidak seharusnya menjadikan perkiraan atau perhitungan politik jangka pendek untuk mempengaruhi dasar kesihatan dan ekonomi.

Malaysia Airlines perluas destinasi bagi pilihan tambang Kelas Ekonomi
Malaysia Airlines sentiasa berada di hadapan untuk menawarkan tambang dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan seluruh dunia.