Ringkasan AI
- Adobe melancarkan dua pelan Adobe Firefly yang membolehkan pelanggan menjana video pendek dan gambar menggunakan AI generatif.
- Generate Video Beta menjana video 1080P sepanjang lima saat berdasarkan prom atau gambar statik.
- Scene to Image Beta menjana gambar berdasarkan lakaran atau objek pravisualisasi 3D yang diberikan oleh pengguna.
Dengan dua perkhidmatan ini, pengkarya boleh menghasilkan video yang kemudiannya digunakan untuk kerja profesional.
Ciri pertama ialah Generate Video Beta yang menjana video 1080P sepanjang lima saat berdasarkan prom atau gambar statik yang diberikan oleh pengguna.
Video boleh digunakan sebagai klip b-roll, mengisi kekosongan antara babak dan juga elemen yang diperlukan untuk produksi video.
Di peringkat Beta video hanya pada resolusi 1080P dengan sokongan menjana video 4K akan diberikan di masa hadapan.
Seterusnya ialah Scene to Image Beta yang boleh menjana gambar berdasarkan lakaran ataupun objek pravisualisasi 3D yang diberikan oleh pengguna.
Dengan ini gambar yang dijana oleh AI lebih terkawal bagi memenuhi visi asal pengkarya.
Dua pelan yang ditawarkan ialah Firefly Standard dan Firefly Pro. Firefly Standard berharga $9.99 (~RM45) sebulan membolehkan pelanggan menjana 2000 video atau imej sebulan atau sehingga 20 video 1080P sepanjang lima saat.
Firefly Pro pula berharga $29.99 (~RM 134) sebulan membolehkan pelanggan menjana 7,000 video atau imej sebulan atau sehingga 70 video 1080P sepanjang lima saat. -Amanz
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)