INTEL mengumumkan cip keluarga Lunar Lake akan dilancarkan pada Q3 2023 dan digunakan pada 80 komputer baharu oleh 20 pengeluar pada waktu tersebut.
Lunar Lake akan mempunyai NPU dengan kemampuan 40 TOPS manakala GPU Intel Xe2 pula menawarkan sehingga 60 TOPS.
Dengan ini AI Phi-Silica boleh dijalankan terus pada peranti setanding dengan cip Snapdragon Elite.
Lunar Lake masih lagi sebuah cip X86 tidak seperti Snapdragon yang menggunakan seni bina ARM sepenuhnya.
Dengan pelancaran cip Lunar Lake kelak, ciri baharu Windows 11 seperti Recall dan CorCreator akan akhirnya digunakan pada AI PC.
Sebagai peringatan AI PC ialah keluarga PC dengan cip Intel manakala Copilot+ PC ialah untuk PC dengan cip Qualcomm.
Semasa kesemua ciri baharu diumumkan semalam, Microsoft mengesahkan cip Meteor Lake (Intel Core Ultra) tidak boleh menjalankan ciri-ciri ini kerana tidak melepasi keperluan minima NPU dengan 40 TOPS. NPU pada Intel Core Ultra hanya berkemampuan 10 TOPS. -Amanz
Amanz
Wed May 22 2024

Lunar Lake akan mempunyai NPU dengan kemampuan 40 TOPS manakala GPU Intel Xe2 pula menawarkan sehingga 60 TOPS. -Amanz
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

MSI Claw 8 AI+ disenaraikan di SIRIM, bakal tiba di pasaran tempatan
Setakat ini, belum diketahui bilakah MSI Malaysia akan mula menjual konsol ini di pasaran tempatan.

Cip Intel Lunar Lake hadir pada Q3 2024
Dengan pelancaran cip Lunar Lake kelak, ciri baharu Windows 11 seperti Recall dan CorCreator akan akhirnya digunakan pada AI PC.