Ringkasan AI
- Operator adalah ejen AI yang boleh menggantikan pekerja manusia dalam melakukan proses automasi tugasan web, seperti memahami antara muka laman web dan memanipulasi input menggunakan tetikus dan papan kekunci.
- Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
- OpenAI bekerjasama dengan beberapa syarikat seperti DoorDash dan Uber untuk menjayakan Operator, yang kini hanya boleh diakses oleh pelanggan ChatGPT Pro di Amerika Syarikat dengan bayaran AS$200 sebulan.
Operator dibangunkan berasaskan model GPT-4o yang boleh mengenal pasti maklumat terpapar pada skrin membolehkan ia memahami antara muka laman web serta memanipulasi input menggunakan tetikus dan papan kekunci.
Ia juga mampu berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa mengakses API berasingan.
Operator turut mempunyai kemampuan untuk membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan sekiranya tersekat ketika melakukan tugasan di web.
Ia hanya akan meminta bantuan manusia sekiranya perlu memasukkan maklumat sensitif seperti melakukan log masuk akaun yang berkenaan dengan tugasan.
Untuk menjayakan Operator, OpenAI bekerjasama dengan DoorDash, Instacart, OpenTable, Priceline, StubHub, Thumbtack, dan Uber.
Operator boleh digunakan oleh pelanggan ChatGPT Pro untuk mengarahkannya melakukan pembelian barangan runcit dengan hanya memberikan arahan suara.
Pada ketika ini Operator diklasifikasikan sebagai produk kajian dengan ia hanya boleh diakses pelanggan ChatGPT Pro di Amerika Syarikat dengan bayaran AS$200 sebulan. -Amanz