Ringkasan AI
- YouTube Perangi Penghalang Iklan: YouTube semakin serius memerangi pengguna yang menggunakan penghalang iklan, dengan mengenakan sekatan seperti video tidak boleh dimainkan atau dilambatkan.
- Iklan Panjang Tidak Boleh Dilangkau: Beberapa pengguna melaporkan iklan yang terlalu panjang (hingga satu jam atau lebih) dan tidak boleh dilangkau.
- Saranan YouTube Premium: Google menegaskan bahawa penggunaan penghalang iklan adalah dilarang, dan mencadangkan langganan YouTube Premium untuk pengalaman menonton tanpa iklan.
Kini video mungkin tidak akan boleh dimainkan, video akan dilambatkan, dan banyak lagi.
Terbaharu, beberapa pengguna melaporkan masalah iklan yang terlampau panjang yang tidak boleh dilangkau.
Menurut laporan Android Authority, segelintir pengguna menghadapi masalah iklan yang panjang sekitar satu jam atau lebih yang tidak boleh dilangkau.
Apabila ditanya kepada Google, mereka menjawab yang penggunaan penghalang iklan diharamkan dan untuk menikmati pengalaman penstriman bebas iklan langganan YouTube Premium diperlukan.
Ini bermakna, penggunaan penghalang iklan kini akan memaparkan iklan lebih satu jam yang tidak boleh dilangkau di YouTube. -Amanz