UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Carian mengenai topik adun-ulu-kinta

Dapatkan berita terkini mengenai adun-ulu-kinta dari Astro Awani

PM Anwar ziarah Adun Hulu Kinta

PM Anwar ziarah Adun Hulu Kinta

Perdana Menteri hari ini menziarahi keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad di rumahnya.
Sun Jan 28 2024
[Data & Statistik] Pengguna Media Sosial & Pengguna Aplikasi TikTok (sehingga Julai 2024)

[Data & Statistik] Pengguna Media Sosial & Pengguna Aplikasi TikTok (sehingga Julai 2024)

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh syarikat pemantau Media Meltwater dan agensi media sosial, We Are Social menunjukkan bilangan pengguna media sosial aktif meningkat kepada lebih lima bilion atau kira-kira 62.3 peratus daripada populasi dunia.
Tue Jan 21 2025
Trump ampunkan 1,500 pesalah insiden 6 Januari

Trump ampunkan 1,500 pesalah insiden 6 Januari

Donald Trump mengampunkan kira-kira 1,500 penyokongnya yang menyerang Capitol Amerika Syarikat empat tahun lalu, hanya beberapa jam selepas kembali sebagai Presiden pada Isnin.

Keputusan mengampunkan penyokong yang terlibat dalam serangan Capitol pada 6 Januari 2021 dijangka membangkitkan kemarahan polis, ahli parlimen, dan mangsa yang hidupnya terancam dalam insiden tersebut.
Tue Jan 21 2025
WEF 2025: Trump 2.0 dan kelestarian dominasi forum

WEF 2025: Trump 2.0 dan kelestarian dominasi forum

Saksikan laporan eksklusif dari Editor Kanan Astro Awani, Najib Aroff, mengenai perkembangan terkini World Economic Forum 2025, termasuk reaksi terhadap kepresidenan Donald Trump, isu kelestarian, dan kerjasama pelaburan yang menjadi fokus utama.
Tue Jan 21 2025
Op Lintas: COO syarikat konsesi lebuh raya, pengurus syarikat bakal dihadap ke mahkamah - Azam Baki

Op Lintas: COO syarikat konsesi lebuh raya, pengurus syarikat bakal dihadap ke mahkamah - Azam Baki

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat keizinan daripada pihak Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa dua individu berkaitan dua projek lebuh raya di Lembah Klang.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, dua individu berkenaan ialah bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat tersebut, yang akan didakwa pada 27 Januari depan, manakala seorang lagi ialah Pengurus Projek syarikat swasta pada 23 Januari depan.
Tue Jan 21 2025
Suara Rakyat: Aliran air bawah tanah, risiko jambatan runtuh

Suara Rakyat: Aliran air bawah tanah, risiko jambatan runtuh

Laluan utama ke Kampung Paman dan Kampung Ibok, Kemaman ditutup sepenuhya selepas hakisan tanah menyebabkan lubang besar terbentuk di tengah laluan jambatan.
Tue Jan 21 2025
Suspek keenam pukul OKU direman tiga hari

Suspek keenam pukul OKU direman tiga hari


Seorang lelaki berusia 35 tahun dipercayai terlibat dalam kes memukul lelaki OKU, ketidakupayaan mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Jumaat lalu ditahan reman tiga hari.
Tue Jan 21 2025
Bersekongkol dengan ‘scamer’ perdaya suri rumah

Bersekongkol dengan ‘scamer’ perdaya suri rumah

Tertuduh menjadi individu pertama di Perlis yang didakwa bersekongkol dengan sindiket penipuan atau scammer.
Tue Jan 21 2025
Lima pegawai bank direman, disyaki terima rasuah

Lima pegawai bank direman, disyaki terima rasuah

Lima pegawai institusi perbankan telah diremean kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan permohonan pinjaman peribadi yang dikemukan sebuah syarikat perunding kewangan.

Perintah reman selama lima hari sehingga 25 Januari 2025 terhadap empat suspek, dua lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 30 hingga 40-an, manakala seorang lagi suspek lelaki yang berusia 30-an direman selama tiga hari sehingga 23 Januari 2025.
Tue Jan 21 2025
SPRM beku 98 akaun syarikat, individi bernilai RM22 juta

SPRM beku 98 akaun syarikat, individi bernilai RM22 juta

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membeku 98 akaun syarikat dan individu bernilai lebih RM22 juta berhubung sindiket pengubahan wang haram didalangi syarikat perunding kewangan.

Dalam satu sidang media khas di Putrajaya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, seramai 21 individu sudah ditahan di bawah Op Sky bagi membantu siasatan, selain lapan pengarah dan kakitangan sebuah syarikat, 12 pegawai bank, dan seorang orang awam yang berperanan sebagai ejen.
Tue Jan 21 2025
AGC setuju dakwa bekas pengurus besar NAFAS - Azam Baki

AGC setuju dakwa bekas pengurus besar NAFAS - Azam Baki

Seorang bekas pengurus besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dijangka akan dihadapkan ke mahkamah hujung bulan ini, berhubung kes rasuah membabitkan bekalan baja padi bernilai RM1.8 bilion.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 13 Disember tahun lalu.
Tue Jan 21 2025