Tue Feb 04 2025
Tarif Trump mungkin dikenakan ke atas Malaysia - Penganalisis
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM), Dr. Lam Choong Wah berkata kenaikan tarif yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat dibawah pentadbiran presiden Donald Trump mungkin dikenakan keatas Malaysia. Jelasnya, ia berikutan eksport barangan yang berasal dari China melalui negara ini. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik – TKSU Kementerian Perpaduan Negara
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud berkata sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat. Jelasnya, sistem berkenaan turut memantau isu-isu sensitif yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin tempatan. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Kementerian Perpaduan Negara ketengahkan etnik Portugis, Chetti demi meraikan kepelbagaian - TKSU
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud berkata Kementerian Perpaduan Negara mengambil inisiatif mengetengahkan etnik-etnik minoriti dalam negara seperti etnik Portugis dan Chetti di Melaka. Jelasnya, langkah ini bagi memastikan kaum-kaum majoriti turut menghargai kepelbagaian yang sedia-ada di Malaysia. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza: Wujudkan kerajaan teknorat Gaza, jamin pembangunan mampan – Pengarah IEIJS
Pengarah Institut Kecemerlangan Pangajian Baitulmaqdis (IEIJS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya. Dr. Aminurraasyid Yatiban berkata sebuah kerajaan teknokrat di Palestin perlu diwujudkan untuk memastikan pembangunan semula Gaza yang lebih mampan. Jelasnya, Palestin tidak miskin tokoh dalam pelbagai kepakaran yang berupaya memimpin pembangunan wilayah terkepung itu. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Pengarah Institut Kecemerlangan Pangajian Baitulmaqdis (IEIJS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya. Dr. Aminurraasyid Yatiban berkata bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza. Jelasnya, masyarakat awam Arab sememangnya tidak berbelah bahagi menyokong pembelaan nasib rakyat Palestin. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: MWC 2025: Malaysia gerbang kepada inovasi ASEAN
Di mana kedudukan Malaysia dalam memacu perkembangan teknologi di rantau ASEAN menerusi pelaksanaan 5G, pembangunan infrastruktur digital dan inovasi kolaboratif? Temu bual bersama Timbalan Pengarah Urusan MCMC Datuk Zurkarnain Mohd Yasin dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Agenda AWANI: MoU peruntukan pembangkang: Apa solusinya?
Pembangkang kata syarat ketat dalam MoU peruntukan pembangkang, manakala kerajaan maklum tiada cadangan balas dikemukakan. Jadi, apa penyelesaiannya? Diskusi 8.30 malam.
Agenda AWANI: Pindaan Akta 711, Tambah baik perlindungan pemburi maklumat
Bagaimana pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2025 ini memperkukuh perlindungan kepada pemberi maklumat berbanding sebelum ini? Apa cabaran utama dalam melaksanakan pindaan ini dan bagaimana ia boleh diatasi? Diskusi 9 malam
Agenda AWANI: Pantau ‘pesta harga Ramadan’
Harga makanan di bazar Ramadan naik lagi? Trend pembelian pengguna berubah? Apa mekanisme pantau harga barangan khususnya sepanjang bulan puasa? Diskusi 8.30 malam.
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam
Agenda AWANI: Rasuah kecil atau besar, lawan!
Bagaimana siasatan kes rasuah berprofil tinggi seperti yang melibatkan bekas pemimpin politik mempengaruhi persepsi dan keyakinan rakyat terhadap integriti institusi awam di Malaysia? Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: Kumpulan MBI Selangor | Pemacu pertumbuhan ekonomi & kemakmuran negeri
Sejauh mana potensi dan strategi Kumpulan MBI Selangor memacu perkembangan ekonomi, pembangunan kapasiti dan tadbir urus lestari? Bagaimana adaptasi inovasi dan teknologi mencipta peluang dan manfaat kepada rakyat Selangor? Diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
Agenda AWANI: Dihimpit sekatan, ini Ramadan di Gaza
Rundingan bagi fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel menemui jalan buntu dengan terbaharu sekatan terhadap bantuan kemanusiaan menambahkan lagi cabaran buat usaha membina semula Gaza apatah lagi umat Islam ketika ini menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan? Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: Usaha damai di selatan Thailand
Bagaimana komitmen Malaysia selaku pengerusi #ASEAN25 untuk mengutamakan usaha mencapai kedamaian di wilayah selatan Thailand? Diskusi 9 malam