Tue Jun 20 2023
AWANI 7:45 [20/06/2023] - Tanggung pemimpin UMNO tercemar | Bentang data minggu ini | Inisiatif kemudahan rakyat | Iktiraf pengukuhan asas ekonomi
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya;
1. Kedudukan Malaysia meningkat, Daya Saing Global 2023.
2. Cabaran dapat sokongan Melayu, bukan sebab PN, tapi dasar ekonomi, kata KJ.
3. Kini lebih mudah rebut projek infrastruktur kecil di kawasan setempat, Rafizi umum IKR RM500 juta
4. Nak konsert Coldplay lebih daripada satu? Masih bincang
#AWANInews
1. Kedudukan Malaysia meningkat, Daya Saing Global 2023.
2. Cabaran dapat sokongan Melayu, bukan sebab PN, tapi dasar ekonomi, kata KJ.
3. Kini lebih mudah rebut projek infrastruktur kecil di kawasan setempat, Rafizi umum IKR RM500 juta
4. Nak konsert Coldplay lebih daripada satu? Masih bincang
#AWANInews
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Kerajaan Malaysia, Razak Baginda diperintah bayar lebih RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.
Jawatankuasa Semakan diberi 18 bulan laksana kajian menyeluruh
Jawatankuasa Semakan dan Pembaharuan Undang-Undang Kontrak diberikan tempoh 18 bulan untuk melaksanakan semakan dan kajian menyeluruh terhadap Akta Kontrak 1950 (Akta 136) yang menjadi antara agenda di bawah reformasi institusi kerajaan.
Kerajaan Sarawak memiliki 100 peratus AirBorneo
Kerajaan Sarawak kini memiliki 100 peratus syarikat penerbangan MASWings yang dijenamakan semula sebagai AirBorneo termasuk kakitangan serta aset di Sarawak dan Sabah.
Siasatan kes 18 ADUN Sabah akan diselesai segera, perlu saksi kukuh - SPRM
Siasatan membabitkan 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang telah dirakam keterangan susulan dakwaan skandal rasuah berdasarkan penularan klip video perbualan akan diselesaikan secepat mungkin.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya memerlukan jumlah saksi yang lebih ramai dan sesuai bagi memastikan ada dakwaan yang kukuh.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya memerlukan jumlah saksi yang lebih ramai dan sesuai bagi memastikan ada dakwaan yang kukuh.
Tiga pegawai bank dipecat, direhatkan lulus pinjaman tanpa prosedur
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yakin individu yang terlibat dalam kes Op Sky akan dibawa ke muka pengadilan selewat-lewatnya pada Mac ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan, pihak bank perlu mengambil tindakan keras terhadap pegawai mereka menerima rasuah dengan meluluskan pinjaman tanpa mengikut prosedur.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan, pihak bank perlu mengambil tindakan keras terhadap pegawai mereka menerima rasuah dengan meluluskan pinjaman tanpa mengikut prosedur.