Thu Jan 16 2025
Sarawak Oil Palms sasar perolehan RMB2.4 juta menerusi jualan produK Avanthealth di China
Ketua Pegawai Operasi Sarawak Oil Palms Eric Kiu Kwong Seng berkata produk tokotrienol premium yang dihasilkan oleh anak syarikat mereka, Avanstar International Sdn Bhd, berjaya menembusi kebanyakan platform e-dagang China bermula bulan ini.
SC lancar skim kewangan alternatif untuk PMKS
Ia bertujuan untuk menangani keperluan modal kerja perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan kontraktor kecil yang mengambil bahagian dalam kontrak kerajaan untuk bekalan, perkhidmatan atau kerja.
Prospek ekonomi positif susulan indeks pelopor meningkat - MIDF
MIDF berkata perbelanjaan domestik yang berdaya tahan dan pasaran tenaga kerja yang menggalakkan akan menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Keuntungan bersih tahun kewangan 2024 bursa Malaysia meningkat kepada RM310.12 juta
Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd melonjak 22.9 peratus kepada RM310.12 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 (TK2024) daripada RM252.38 juta pada tahun sebelumnya, disokong oleh pengukuhan pasaran sekuriti dan derivatif serta prestasi perniagaan data.
Trump akan minta Arab Saudi tambah pelaburan kepada USD1 trilion
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan meminta Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman untuk meningkatkan pelaburan di Amerika kepada USD1 trilion.
TH Properties, Affin Bank tawar penyelesaian pembiayaan pembeli rumah golongan muda
TH Properties Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Affin Bank Bhd untuk melancarkan penyelesaian pembiayaan bagi merapatkan jurang pemilikan rumah untuk graduan muda, pembeli rumah dan pelabur hartanah.
Selain itu, Program Pembiayaan Rumah Affinita menawarkan kepada golongan wanita dengan pembiayaan melebihi RM500,000 melalui Perbankan Perdana Affin Invikta dan faedah eksklusif daripada hampir 100 peniaga.
Selain itu, Program Pembiayaan Rumah Affinita menawarkan kepada golongan wanita dengan pembiayaan melebihi RM500,000 melalui Perbankan Perdana Affin Invikta dan faedah eksklusif daripada hampir 100 peniaga.
Perbelanjaan isi rumah Malaysia diyakini melonjak kepada 5.2% pada 2025
Malaysia diyakini akan menyaksikan pertumbuhan berterusan dalam perbelanjaan pengguna sepanjang 2025, dengan perbelanjaan isi rumah sebenar diramal meningkat sebanyak 5.2% dari tahun ke tahun, didorong persekitaran makroekonomi yang menggalakkan, menurut BMI, anak syarikat Fitch Solutions.
P2 biotech sokong TPM untuk revolusi teknologi industri getah
Syarikat peneraju dalam inovasi teknologi pertanian, P2 Biotech menyambut baik seruan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menekankan keperluan revolusi teknologi dalam industri getah semasa Konvensyen Pegawai RISDA 2025.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin dalam satu kenyataan, seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda ke dalam industri strategik ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin dalam satu kenyataan, seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda ke dalam industri strategik ini.
Ekonomi AS kekal kukuh di sebalik jangkaan kenaikan tarif import
Ekonomi AS terus menunjukkan ketahanan di sebalik pengumuman Trump mengenai potensi kenaikan tarif import. Pakar ekonomi membincangkan impak terhadap inflasi, pertumbuhan GDP, dan unjuran pasaran kewangan.
Perkhidmatan aerotrain KLIA akan disambung semula pada Q2, kata MAHB
Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka beroperasi semula pada suku kedua 2025, menurut Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Izani Ghani.
Syria gubal perlembagaan baharu, Buka ekonomi
Menteri Luar pentadbiran baharu Syria Asaad Al Shaibani mengumumkan bahawa sebuah jawatankuasa pakar daripada pelbagai puak di Syria akan mula merangka perlembagaan baharu susulan dialog nasional
Arab Saudi rancang luaskan pelaburan, perdagangan dengan AS bernilai USD600 bilion
Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman menyatakan hasrat untuk luaskan pelaburan dan perdagangan dengan Amerika Syarikat bernilai USD600 bilion untuk tempoh empat tahun akan datang.
Inflasi: Maybank IB, HLIB jangka OPR kekal 3.00 peratus pada 2025
Maybank IB berkata walaupun ia mengunjurkan kadar inflasi yang tinggi tahun ini pada 3.0 peratus berbanding 1.8 peratus pada 2024, peningkatan ini disebabkan terutamanya oleh faktor dorongan kos, yang mencerminkan pembaharuan struktur dan fiskal yang amat diperlukan./p
Westports catat keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM897.98 juta
Wesports berkata ia telah mencapai angka pendapatan tertingginya sebanyak RM2.34 bilion, dipacu oleh volum kontena yang memecahkan rekod sebanyak 10.98 juta unit bersamaan dua puluh kaki.
Ringgit dibuka tinggi selepas BNM umum OPR kekal 3.0 peratus
Mohd Afzanizam juga menyatakan bahawa kadar inflasi Malaysia terus menurun kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 daripada paras tertinggi 2.0 peratus pada Julai 2024, menunjukkan dasar monetari berkesan dalam membendung inflasi negara.
MIDF amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
MIDF Amanah Investment Bank Bhd dalam satu nota penyelidikan hari ini berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan kerajaan untuk rasionalisasi subsidi.