Wed Mar 12 2025
Pelabur asing kekal pembeli bersih bon korporat Malaysia untuk bulan kelima
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid yang memetik data ekonomi Riverbank Macro Insights, berkata selera pelabur bagi bon korporat juga kekal kukuh dengan terbitan utamanya mencatat kadar lebihan langganan sehingga tujuh kali.
Industri sambut baik pindaan akta KWSP, jamin kemampanan perniagaan dan pengekalan bakat
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) memuji langkah itu, menekankan ia memberikan kelegaan kewangan kepada perniagaan dan meningkatkan daya saing ekonomi Malaysia di bawah Kerangka Ekonomi MADANI.
Pelabur asing kekal pembeli bersih bon korporat Malaysia untuk bulan kelima
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid yang memetik data ekonomi Riverbank Macro Insights, berkata selera pelabur bagi bon korporat juga kekal kukuh dengan terbitan utamanya mencatat kadar lebihan langganan sehingga tujuh kali.
Musk rugi AS$29 bilion semalaman susulan saham Tesla jatuh
Jutawan dan usahawan Amerika Syarikat, Elon Musk, yang memiliki Tesla dan SpaceX, mengalami kerugian 29 bilion dolar Amerika dalam tempoh semalaman selepas saham Tesla menjunam.
Moody's unjur prospek stabil terhadap sektor perbankan malaysia 2025
Moody’s berkata bank-bank kekal mempunyai modal yang kukuh, dengan jangkaan bahawa bank akan mengoptimumkan struktur modal dengan meningkatkan pembayaran dividen./p
Kenanga IB: perubahan perdagangan, ai akan pacu sektor logistik pada 2025
Bank pelaburan itu dalam nota penyelidikan hari ini berkata sektor tersebut juga bersedia mendapat manfaat daripada potensi lencongan perdagangan berikutan ketegangan AS-China.
Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 hingga 5.0 peratus - SME Bank
Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) menyatakan bahawa jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi Madani yang menekankan pertumbuhan mampan dan kesejahteraan rakyat.
Perdagangan borong dan Runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa subsektor perdagangan runcit dan perdagangan borong menjadi pemacu utama pertumbuhan, manakala subsektor kenderaan bermotor mencatatkan penurunan.
Prestasi S&P 500: Sehingga 12 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
Pasaran saham AS ditutup rendah di tengah ancaman tarif baru dan harapan perjanjian damai
Pasaran saham AS ditutup rendah pada hari Selasa tetapi mengurangkan kerugian awal sesi. Ancaman tarif baru AS dan harapan perjanjian damai antara Ukraine dan Rusia menyebabkan volatiliti. Indeks S&P 500 jatuh lebih 10% dari rekod tertinggi, manakala Nasdaq mengesahkan pembetulan 10%. Momentum positif diperoleh selepas AS bersetuju menyambung bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
'Trump Tantrum': Pengumuman Polisi Mengelirukan Trump soal keluli dan aluminium
Pengumuman terbaru oleh Presiden AS Donald Trump mengenai tarif 50% ke atas keluli dan aluminium dari Kanada mencetuskan kekeliruan. Penasihat perdagangan Trump, Peter Navarro, mengesahkan bahawa tarif ini tidak akan berkuat kuasa pada hari Rabu. Saksikan reaksi dari pelbagai negara dan kenyataan dari Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, dan Canselor Jerman, Olaf Scholz.
HI-TVET diperkasakan, tumpu robotik, IoT, AI - Ahmad Zahid
Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Aras Tinggi (Hi-TVET) terus diperkasakan dengan memberi tumpuan kepada robotik, Internet benda (IoT), kecerdasan buatan (AI) serta pengenalan kepada sistem kenderaan elektrik canggih.
Kerja fleksibel vs. Gaji besar: Mana lebih berbaloi?
Menurut Jabatan Perangkaan (DOSM), Pengangguran menurun kepada 533,800 orang (3.1%) pada Januari 2025, didorong oleh peningkatan guna tenaga dan pertumbuhan pasaran buruh. Adakah pasaran yang dilihat stabil ketika ini bersedia menghadapi sebarang perubahan polisi? Kupasan lanjut bersama Perunding Sumber Manusia, Faizal Riduan.
[Data & Statistik] Tenaga Buruh Malaysia, Januari 2025
Penganggur pada Januari 2025 berada dalam trend menurun, berkurang kepada 533.8 ribu orang, merekodkan kadar pengangguran 3.1 peratus.
Ontario kenakan cukai 25 peratus eksport elektrik ke AS
Kerajaan Ontario, Kanada secara rasmi mengenakan surcaj 25 peratus ke atas semua eksport elektrik ke tiga negeri di Amerika Syarikat (AS) bermula Isnin.
Bazar Aidilfitri Anjung Syawal sasar jana jualan RM10 juta
Anjung Syawal, bazar Aidilfitri terbesar di Lembah Klang, kembali untuk edisi ke-13 dengan sasaran jualan mencecah RM10 juta.