Wed Feb 26 2025
Pengiktirafan Halal, Luaskan Pasaran Produk BABA’S
Temubual eksklusif bersama Azrain Mohamad, Ketua Pemasaran, dan Norshalina Mohd Razali, Pengurus Hal Ehwal Halal dari Baba Products (M) Sdn Bhd. Ketahui lebih lanjut tentang sejarah, kelebihan, dan pencapaian produk BABA’S serta pengurusan dan pensijilan Halal mereka. Saksikan juga promosi Ramadan dan program Rasa Ajar Masak di Astro Prima.
Pemukiman Menteri Ekonomi fokus pengukuhan integrasi dagangan
Pengukuhan integrasi ekonomi serantau menjadi agenda utama Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN tahun ini.
Meta Platforms dilapor bangunkan projek bernilai 200 bilion dolar
Meta Platforms dalam perbincangan membangunkan pusat data baharu bagi projek kecerdasan buatannya bernilai lebih 200 bilion Dolar.
Japan Post rancang jual pegangan dalam Japan Post Bank
Japan Post Holdings merancang menjual sahamnya dalam Japan Post Bank dianggarkan berjumlah kira-kira 600 bilion Yen bersamaan 4.02 bilion dolar Amerika.
Pasaran harta tanah 2024 rekod prestasi luar biasa
Pasaran harta tanah pada 2024 merekodkan prestasi luar biasa dengan bilangan dan nilai transaksi harta tanah mencecah rekod tertinggi sepanjang tempoh sedekad.
Maybank yakin pertumbuhan malaysia signifikan
Dalam sidang media berkaitan, presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Khairussaleh Ramli berkata Malaysia bakal merekodkan pertumbuhan signifikan bagi tahun 2025.
BPMB sedia pembiayaan projek rumah mampu milik di Pulau Pinang
Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) memeterai perjanjian Kemudahan Pembiayaan Tawarruq berjumlah RM18.5 juta bersama Firma Atasan Sdn Bhd bagi menyokong fasa pertama Projek Perumahan Mampu Milik Juru Hills di Pulau Pinang.
Pemberhentian Khalijah tidak jejas keyakinan pelabur, pemegang taruh
Dalam pada itu, Datuk Khairussaleh berkata, penamatan khidmat Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Maybank Khalijah Ismail tidak akan menjejaskan keyakinan pelabur dan pemegang taruh.
Maybank catat rekod keuntungan bersih RM10.09 bilion
Kumpulan Maybank mengumumkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 7.9 peratus kepada rekod RM10.09 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Pengiktirafan Halal, Luaskan Pasaran Produk BABA’S
Temubual eksklusif bersama Azrain Mohamad, Ketua Pemasaran, dan Norshalina Mohd Razali, Pengurus Hal Ehwal Halal dari Baba Products (M) Sdn Bhd. Ketahui lebih lanjut tentang sejarah, kelebihan, dan pencapaian produk BABA’S serta pengurusan dan pensijilan Halal mereka. Saksikan juga promosi Ramadan dan program Rasa Ajar Masak di Astro Prima.
Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-31 di Desaru, Johor
Malaysia meneruskan kepengerusian ASEAN 2025 dengan Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 di Desaru, Johor. Acara ini bermula dengan mesyuarat pegawai kanan dari 24 hingga 26 Februari, diikuti sesi pemukiman yang dipengerusikan oleh Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada 28 Februari. Wartawan Astro Awani, Luqman Hariz, melaporkan dari Desaru.
Kerajaan laksana “Project Earth” untuk rombak LTAT dan struktur semula Boustead
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan syarikat utamaya, Boustead Holdings Bhd, akan distruktur semula di bawah rancangan baharu yang dikenali sebagai ‘Project Earth’.
Dagangan dua hala Malaysia-Vietnam naik 4.4 peratus kepada AS$18.14 bilion - Duta
Perdagangan Malaysia-Vietnam pada 2024 meningkat 4.4 peratus kepada 18.14 bilion Dolar Amerika (RM83.11 bilion), berbanding 17.38 bilion Dolar Amerika pada 2023, menunjukkan pertumbuhan positif dalam hubungan dagangan ASEAN.
Rusia tawar AS teroka logam nadir bumi
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menawarkan peluang kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam meneroka simpanan logam nadir bumi di Rusia serta membekalkan aluminium ke pasaran domestik AS sebagai sebahagian daripada perjanjian ekonomi masa depan.
MITI sasar pertumbuhan pelaburan lulus sebanyak lima peratus
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun 2025.
Malaysia perlu menerajui usaha pengeluaran minyak sawit mampan
Malaysia, pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia, mesti menerajui usaha kemampanan dan mengambil langkah berani untuk menjuarai usaha mengeluarkan minyak sawit yang mampan, terutama ketika dunia semakin memberi tumpuan kepada tanggungjawab alam sekitar.