Wed Jan 15 2025
Presiden Korea Selatan ditahan, didakwa salah guna kuasa
Bersama Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed, Penganalisis Politik UUM bagi memahami impaknya kepada pentadbiran politik di Korea Selatan, susulan Penahanan Presiden Yoon Suk Yeol atas tuduhan hasutan yang berkaitan dengan pengisytiharan perintah darurat.
AWANI Ringkas: Pesanan kepada rakyat Malaysia di luar negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Kesan pengharaman Tiktok, Perspektif pelajar Malaysia di Amerika Syarikat
Diskusi 8.30 pagi Isnin bersama pelajar Malaysia di Community College of Philadelphia, Siti Salwah Mohd Salleh membincangkan mengenai kesan penutupan sementara TikTok ke atas ekonomi, identiti budaya, hubungan komuniti. Perbincangan turut menjurus kepada apa bentuk sokongan yang ditawarkan oleh kerajaan dalam menangani hal ini.
INNOVATHON 2: BioProtein juara, Raih RM100,000
Berjaya membawa pulang, RM100,000 BioProtein Powder, hasil inovasi Prof Dr. Azizi Ayob dinobatkan sebagai Juara Musim Kedua Innovathon.
Apa perhatian utama pelabur Malaysia selepas pertabalan Trump?
Pertabalan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini dijangka memberi kesan besar kepada arah aliran pasaran dunia. Apakah faktor-faktor utama yang akan memberi impak kepada pasaran Malaysia? Diskusi ini akan mengupas peluang yang tersedia untuk pelabur, selari dengan perkembangan ekonomi global.
Perdana Menteri Sertai WEF 2025: Tumpuan Kepada Keutamaan Global dan Peranan Malaysia dan suara ASEAN
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Bertemakan "Kerjasama Untuk Era Kecerdasan," WEF 2025 membincangkan peranan teknologi dan inovasi dalam menangani cabaran global. Lawatan ini juga menonjolkan kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, dengan fokus kepada pertumbuhan ekonomi digital, perdagangan, pelaburan, dan perlindungan alam sekitar. Ketahui agenda utama dan bagaimana Malaysia memainkan peranan strategik di pentas antarabangsa.
Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi - Anwar
Rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara perlu mempunyai hak yang sama untuk mengundi dalam pilihan raya, sama seperti mereka yang berada di tanah air, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
Anwar tiba di Brussels untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Ahad untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium, serta bertemu pemimpin Kesatuan Eropah (EU).
Perang Dagang 2.0: Peranan Malaysia dalam pergolakan ekonomi global
Cadangan tarif yang lebih tinggi oleh Donald Trump untuk dikenakan terhadap China dapat memberi impak besar kepada ekonomi Malaysia. Bagaimana negara boleh mengambil langkah proaktif untuk memastikan kekuatan dalam peralihan rantaian bekalan, dan apakah strategi terbaik dalam menangani ketidaktentuan dasar perdagangan global? Bersama etua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid untuk kupasan lanjut.
Niaga hadapan MSM jangka pengambilan untung minggu ini
Pasaran MSM akan diniagakan dalam julat RM4,100 hingga RM4,350 se-tan, mengekalkan kecenderungan menaik sedikit disebabkan asas-asas pasaran yang kukuh
Ringgit dijangka diniagakan sekitar 4.50 berbanding dolar AS minggu ini
Kenanga IB berpandangan dolar AS kekal kukuh seperti yang dijangkakan sepanjang minggu ini, mengekalkan ringgit dalam julat kecil 4.50 hingga 4.51.
Aktiviti beli saham harga rendah dorong FBM KLCI minggu ini
Ketua penyelidikan pelaburan OB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan dijangka menyokong pemulihan indeks.
[TERKINI] ADUN Sungai Sibuga Datuk Mohamad Hamsan meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain, meninggal dunia di Kota Kinabalu pada jam 11.20 malam tadi di sebuah hospital swasta.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Januari 2025]
Fokus AWANIpagi 20 Januari 2025 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Kes pukul OKU di pasar tani di Terengganu, tiga ditahan
- Replika naga dihiasi bendera China, polis buka kertas siasatan
- Isu TikTok yang ditutup dan dipulihkan semula di AS
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Kes pukul OKU di pasar tani di Terengganu, tiga ditahan
- Replika naga dihiasi bendera China, polis buka kertas siasatan
- Isu TikTok yang ditutup dan dipulihkan semula di AS
Maut ketika sedang ambil gambar kejadian kemalangan
Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan ketika dia sedang mengambil gambar kejadian kemalangan di Kilometer 14, Lebuh Raya Iskandar Sultan, Johor Bahru awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh dalam kenyataan berkata mangsa cedera parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh dalam kenyataan berkata mangsa cedera parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah.