Wed Oct 30 2024
AWANI Ringkas: GISB Holdings | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trump 2.0: Pasaran global stabil, Malaysia raih manfaat
Penggal kedua Donald Trump membawa impak bercampur-campur kepada ekonomi global dan Malaysia. Pakar ekonomi menjelaskan bagaimana dasar pro-pertumbuhan Trump memberi manfaat kepada sektor eksport Malaysia, tetapi turut membawa risiko kepada nilai Ringgit akibat pengukuhan Dolar AS.
SC lancar skim kewangan alternatif untuk PMKS
Ia bertujuan untuk menangani keperluan modal kerja perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan kontraktor kecil yang mengambil bahagian dalam kontrak kerajaan untuk bekalan, perkhidmatan atau kerja.
Kerajaan mampu kawal hutang, langkah penambahbaikan diperlukan - Pakar
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menyatakan kerajaan berada dalam kawalan terhadap hutang negara dengan risiko kegagalan pembayaran yang rendah. Namun, usaha mengurangkan hutang perlu diperkukuh melalui perbelanjaan yang lebih teliti dan berimpak tinggi.
Prospek ekonomi positif susulan indeks pelopor meningkat - MIDF
MIDF berkata perbelanjaan domestik yang berdaya tahan dan pasaran tenaga kerja yang menggalakkan akan menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Perdagangan meningkat 9.2% tahun ke tahun, nilai tertinggi pada RM2.879 tril
Eksport melebihi RM1 trilion selama empat tahun berturut-turut, mencecah RM1.508 trilion, menyumbang 87.2% daripada sasaran eksport 2025.
Indonesia menyokong Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025
Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto berkata Indonesia bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam menyokong Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun ini. #AWANInews
Sidang Media Perdana Menteri bersama Presiden Indonesia
Ikuti secara langsung sidang media Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Perdana Putra sempena lawatan negara pertama oleh Presiden Prabowo ke negara di rantau Asia Tenggara selepas pelantikan beliau sebagai Presiden Republik Indonesia pada 20 Oktober 2024.
#AWANInews
#AWANInews
Malaysia, Indonesia tetap menyokong kemerdekaan Palestin
Malaysia dan Indonesia bersependapat dalam isu perjuangan kemerdekaan Palestin dan menyambut baik perjanjian gencatan senjata di Gaza.
#AWANInews
#AWANInews
12 buah motosikal musnah terbakar di parit
Sebanyak 12 buah motosikal musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi tadi di kawasan rumah di Jalan Kampung Tanjung Medan Layang Kiri, Parit, Perak.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian pada jam 3.39 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian pada jam 3.39 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
AWANI Ringkas: Ops Bersepadu seluruh negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
13 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Seramai 13 anak-anak bekas anggota Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd masih belum dituntut ibu bapa mereka.
JPJ tubuh pasukan dilengkapi peralatan khas
JPJ menubuhkan pasukan tindakan khas bertujuan membantu JPJ negeri supaya dapat menangani isu rumit yang sukar diselesaikan.
10 wakil pesawah serah memorandum kepada PMO
Seramai 10 wakil daripada Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) menyerahkan memorandum di Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini, meminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menaikkan harga lantai padai daripada RM1300 per tan kepada RM1800.
Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashid Yob dalam satu kenyataan berkata kenaikan harga itu penting bagi memastikan kelangsungan hidup pesawah dan menjamin bekalan makanan negara
Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashid Yob dalam satu kenyataan berkata kenaikan harga itu penting bagi memastikan kelangsungan hidup pesawah dan menjamin bekalan makanan negara
Puluhan ribu rakyat Palestin pulang ke utara Gaza
Prof Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Dr Kamaruzzaman Yusof memberikan analisis mengenai perkembangan terkini gencatan senjata di Gaza dan pergerakan puluhan ribu rakyat Palestin pulang ke utara Gaza.
AWANI Ringkas: COO konsesi lebuh raya didakwa terima, minta rasuah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.