Fri Feb 14 2025
AWANI Ringkas: Kabinet setuju akta SOSMA disemak semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir mengesahkan parti itu belum membuat sebarang keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti politik di negeri ini.
Barisan kepimpinan PBB diketahui Ahad
Enam calon bertanding untuk empat kekosongan jawatan Naib Yang Dipertua Sayap Bumiputera sementara 20 calon berentap untuk 16 kerusi Ahli Majlis tertinggi Sayap Bumiputera manakala 16 calon berebut untuk 14 kekosongan bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi Sayap Pesaka.
136 inisiatif bukti Premier bukan 'jaja air liur'
136 inisiatif yang diperkenalkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg membuktikan kepimpinan beliau yang berani, tegas, dan pintar dalam mencari penyelesaian untuk rakyat.
PBB perlu ambil iktibar kejatuhan parti ternama
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penting untuk PBB menginsafi berlakunya defisit kepercayaan terhadap parti Kongres di India dan LDP di Jepun, agar ia tidak berlaku kepada PBB, yang ketika ini berada pada zon selesai.
Zon Maritim Lahad Datu pastikan perairan bebas ancaman
Lebih 164 kes tangkapan berjaya direkodkan dari tahun 2020 hingga 2024 melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Kawalan Bekalan 1961, serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah.
Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib
Menteri pembangunan masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib menjelaskan banyak telaga tiub di Loji Rawatan Air (LRA) Hilltop dan Sibuga tidak berfungsi kerana gagal diselenggara dalam tempoh yang lama sehingga lebih 20 tahun.
Pembukaan syarikat berteknologi tinggi buka banyak peluang pekerjaan di Sarawak
Tan Sri Abang Johari berkata usaha kerajaan negeri meningkatkan ekonominya itu dengan membangunkan beberapa syarikat penting dan berteknologi tinggi akan menarik minat anak Sarawak untuk kembali bekerja di Bumi Kenyalang menerusi peluang pekerjaan yang disediakan.
Fokus Minggu Depan: kabinet setuju SOSMA diteliti, disemak semula
Ikuti ulasan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Sevan Doraisamy mengenai kesediaan kerajaan untuk menyemak dan meneliti semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.
Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, pusat penipuan ke China
Thailand menghantar pulang 10 warga China dikaitkan dengan kes penculikan pelakon terkenal yang diselamatkan dari sebuah pusat penipuan siber di Myanmar.
Rihanna, A$Ap Rocky tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
Rundingan Petronas- Petros: Sarawak tidak tamak dan kedekut - Abang Jo
Tan Sri Abang Johari menegaskan rundingan Petronas dan Petros dijalankan dengan mengambil kira kepentingan kedua-dua phak dan dilakukan berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sarawak.
AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo
Tanpa mendedahkan strategi model perniagaannya, Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, laluan sektor antarabangsa juga akan dibuka secara berperingkat, bermula dengan negara Singapura dan Indonesia.
Peserta lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang
Program Jejak Harmoni yang diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu menjadi platform menyemai nilai keharmonian apabila lebih 200 peserta pelbagai agama dibawa mengunjungi beberapa rumah ibadat.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berharap, program ini tidak menjadi bahan sensasi atau dipolitikkan kerana ia tidak melibatkan sebarang aktiviti keagamaan.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berharap, program ini tidak menjadi bahan sensasi atau dipolitikkan kerana ia tidak melibatkan sebarang aktiviti keagamaan.
AWANI Ringkas: Kerajaan bersifat adil kepada semua - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.