Wed Feb 26 2025
Israel pertimbang lanjut gencatan senjata di Gaza
Israel sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan gencatan senjata selama 42 hari di Gaza bagi membawa pulang baki 63 tebusan.
Dalam masa yang sama, perbincangan mengenai masa depan wilayah itu masih ditangguhkan.
Dalam masa yang sama, perbincangan mengenai masa depan wilayah itu masih ditangguhkan.
Jerman, Turkiye diterima jadi negara pemerhati untuk ADMM 2024-2027
Mesyuarat Permukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) hari ini mencapai kata sepakat untuk menerima Jerman dan Turkiye sebagai pemerhati untuk tempoh 2024 hingga 2027.
“Terlalu banyak perisa sampai BP pun naik” - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berpesan agar editor media berpada-pada memilih tajuk utama untuk menyampaikan berita.
“Kena berhati-hati, cari titik keseimbangan antara umpan klik dan juga menyampaikan berita”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Kena berhati-hati, cari titik keseimbangan antara umpan klik dan juga menyampaikan berita”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Southwest Airlines batal pendaratan elak berlanggar dengan jet
Penerbangan Southwest Airlines terpaksa membatalkan pendaratan di lapangan terbang Chicago Midway pada Selasa bagi mengelak daripada berlanggar dengan jet perniagaan yang memasuki landasan tanpa kebenaran.
Trump tangguh pelepasan keselamatan untuk firma guaman bagi Jack Smith
Trump menangguhkan pelepasan keselamatan untuk firma guaman yang bekerja dengan Jack Smith.
Malaysia perluas pasaran eksport dalam ketidaktentuan global
Kerajaan mengambil langkah mitigasi bagi menghadapi kesan negatif ketidaktentuan ekonomi global terhadap perdagangan luar negara dengan memperluaskan destinasi eksport serta memperkukuh hubungan diplomasi perdagangan.
Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi untuk memastikan daya tahan ekonomi Malaysia dalam menghadapi cabaran geopolitik dan perang perdagangan yang semakin meningkat pada tahun 2025.

ADMM bincang usaha kukuh kerjasama, perpaduan ASEAN - Khaled
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin memberitahu antara perkara yang dibincangkan pada Sesi Permukiman Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ialah usaha memperkukuhkan kerjasama ASEAN dan perpaduan ASEAN serta kerjasama serantau dalam mendepani cabaran baharu keselamatan di rantau ini dan dunia.
Korea Selatan catat peningkatan kelahiran selepas 9 tahun
Kadar kesuburan di Korea Selatan meningkat pada tahun 2024 buat pertama kali dalam tempoh sembilan tahun, didorong oleh lonjakan jumlah perkahwinan, menurut data awal yang dikeluarkan pada Rabu.
Perkembangan ini memberi petanda bahawa krisis demografi negara itu mungkin memasuki fasa pemulihan.
Perkembangan ini memberi petanda bahawa krisis demografi negara itu mungkin memasuki fasa pemulihan.
Hamas umum penyelesaian isu pembebasan tahanan Palestin
Hamas mengumumkan bahawa pihaknya telah mencapai penyelesaian semasa lawatan ke Kaherah bagi menamatkan kelewatan pembebasan tahanan Palestin, menurut kenyataan kumpulan itu pada Selasa.
Penyelesaian tersebut melibatkan pembebasan tahanan Palestin secara serentak dengan penyerahan mayat tebusan Israel yang terbunuh, seperti yang dipersetujui dalam fasa pertama perjanjian.
Penyelesaian tersebut melibatkan pembebasan tahanan Palestin secara serentak dengan penyerahan mayat tebusan Israel yang terbunuh, seperti yang dipersetujui dalam fasa pertama perjanjian.
SIBS 2025 sedia jadi pemangkin pelaburan dan perdagangan ASEAN
Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2025, yang akan berlangsung dari 8 hingga 11 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dijangka memperkukuh kedudukan Selangor sebagai hab pelaburan serantau dan pintu masuk ke pasaran ASEAN.
PM yakin ASEAN berada di ambang pembaharuan
ASEAN perlu bersatu dan memperkukuh kedudukannya dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik serta persaingan kuasa besar.
Pemukiman Menteri Ekonomi bermula
Pemukiman kali didominasi perbincangan mengenai pengukuhan integrasi ekonomi, cabaran geopolitik semasa, serta pemeteraian dua perjanjian kerjasama ekonomi baharu.
11,402 permohonan diterima untuk program pakar TalentCorp
Sehingga Disember tahun lalu, TalentCorp telah menerima 11,402 permohonan daripada profesional Malaysia di luar negara menerusi Program Kepulangan Pakar (Returning Expert Programme), menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,241 permohonan telah diluluskan, manakala 4,730 individu telah pulang untuk berkhidmat di Malaysia.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,241 permohonan telah diluluskan, manakala 4,730 individu telah pulang untuk berkhidmat di Malaysia.
300,952 kandungan dalam talian dihapus sejak 2024
Sebanyak 300,952 kandungan dalam talian yang melanggar undang-undang negara telah dihapuskan oleh platform media sosial dari tahun 2024 hingga 15 Januari 2025, menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Beliau menjelaskan bahawa kebebasan bersuara bukanlah hak mutlak dan tertakluk kepada undang-undang sedia ada, seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menjelaskan bahawa kebebasan bersuara bukanlah hak mutlak dan tertakluk kepada undang-undang sedia ada, seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan.
Malaysia sasarkan nisbah doktor 1:400 tahun ini
Kerajaan komited untuk mencapai nisbah doktor kepada penduduk 1:400 di seluruh negara menjelang tahun ini, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Nisbah doktor kepada penduduk di peringkat nasional ketika ini ialah 1 doktor bagi setiap 406 penduduk, manakala bagi Sarawak, nisbahnya adalah 1:510.
Nisbah doktor kepada penduduk di peringkat nasional ketika ini ialah 1 doktor bagi setiap 406 penduduk, manakala bagi Sarawak, nisbahnya adalah 1:510.
MOT gantung 247 lesen pengendali tahun 2024
Sejumlah 247 Lesen Pengendali telah digantung pada tahun 2024 berbanding 101 pada 2023 dan 94 pada tahun 2022 manakala hanya 8 lesen pengendali digantung antara 2019 dan 2021.