Thu Jan 16 2025
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Menurut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Hala tuju kerajaan adalah penggunaan bas EV - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa 310 bas diesel ini merupakan batch terakhir sebelum mendapat 250 buah bas EV yang kini sedang dalam proses tender.
#AWANInews
#AWANInews
300 van baru akan mula beroperasi pada Mac - Anthony Loke
Tahun ini, Prasarana melalui Rapid Bus akan memperkenalkan sehingga 300 buah van baru di kawasan Lembah Kelang berdekatan stesen-stesen pengangkutan awam bagi menyelesaikan masalah "first mile and last mile", kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Tambah beliau, selepas beberapa bulan beroperasi dengan 20 van, ramai yang suka dengan perkhidmatan ini.
#AWANInews
#AWANInews
Pantau Belanjawan: ASEAN 2025: Malaysia sebagai peneraju tenaga bersih serantau
Dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik global, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 berpeluang memainkan peranan penting dalam mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih di rantau ini. Perbincangan bersama Pengarah Urusan Gading Kencana, Guntor Tobeng ini akan membedah cabaran, peluang, dan langkah strategik untuk menjadikan Malaysia pemimpin utama dalam sektor tenaga bersih.
AWANI Ringkas: Jenayah | Sungai Kabul Merah Jambu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Populasi China menurun tiga tahun berturut-turut
Populasi China mencatatkan penurunan untuk tahun ketiga berturut-turut pada 2024, apabila jumlah kematian melebihi sedikit peningkatan kelahiran.
Pakar memberi amaran bahawa trend ini dijangka bertambah buruk pada masa depan.
Pakar memberi amaran bahawa trend ini dijangka bertambah buruk pada masa depan.
Yoon Suk Yeol tolak soal jawab
Presiden Korea Selatan yang ditahan, Yoon Suk Yeol, tidak akan menghadiri sesi soal jawab baharu oleh penyiasat pada Jumaat, menurut kenyataan peguamnya.
Pihak berkuasa kini berdepan tarikh akhir sama ada untuk memohon waran penahanan atau membebaskannya.
Pihak berkuasa kini berdepan tarikh akhir sama ada untuk memohon waran penahanan atau membebaskannya.
Usaha kembalikan penduduk ke rumah dipergiatkan
Menurut Jabatan Sheriff Los Angeles, pihak berkuasa akan memastikan penduduk dapat kembali ke rumah masing-masing termasuk pengoperasian semula utiliti ke kawasan yang dihuni.
TikTok mungkin kekal di AS jika perjanjian baharu dimeterai
Penasihat keselamatan negara yang bakal dilantik oleh Presiden Amerika Syarikat yang baharu, Donald Trump, menyatakan bahawa pentadbiran baharu akan memastikan TikTok kekal beroperasi di Amerika Syarikat jika terdapat perjanjian yang berdaya maju.
[TERKINI] Israel akan luluskan gencatan senjata di Gaza
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan bahawa perjanjian untuk memulangkan tebusan yang ditahan di Semenanjung Gaza telah dicapai.
Netanyahu memaklumkan bahawa mesyuarat kabinet keselamatan akan diadakan pada petang Jumaat, diikuti dengan mesyuarat kerajaan untuk meluluskan perjanjian pembebasan tebusan yang telah lama dinantikan.
Netanyahu memaklumkan bahawa mesyuarat kabinet keselamatan akan diadakan pada petang Jumaat, diikuti dengan mesyuarat kerajaan untuk meluluskan perjanjian pembebasan tebusan yang telah lama dinantikan.
Prasarana sasar MKBF sejauh 1 juta kilometer menjelang 2026
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata Prasarana sasar pengurangan kekerapan kerosakan tren seminimum yang mungkin pada 2025 dan Min Kilometer Antara Kegagalan (MKBF) 1 juta kilometer pada 2026.
#AWANInews
#AWANInews
Bekas pelarian dedah ditipu untuk masuk ke Malaysia
Individu rakyat Thailand dikenali Ahmad dan Yaakob yang terpengaruh dengan gerakan tertentu dan lari ke Malaysia mendedahkan bagaimana mereka ditipu untuk masuk ke negara jiran.
Tujuh nelayan positif dadah ditahan
Tujuh daripada 25 nelayan yang diperiksa dalam Ops Bersepadu didapati positif dadah, manakala tiga vesel nelayan tempatan (VNT) bersama sembilan kru turut ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.
Sungai Kabul merah jambu: Tiada pelepasan sisa berjadual industri ke sumber air - SPAN
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengesahkan tiada pelepasan sisa berjadual industri ke sumber air susulan insiden air sungai berwarna merah jambu di Sungai Kabul, Beranang.
Imigresen serbu kilang upah warga asing, 56 ditahan
Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut.
Komestik ada racun: Jlfara Seaweed disahkan ada kandungan merkuri - KKM
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengenal pasti produk kosmetik bernama Jlfara Seaweed mengandungi bahan berjadual merkuri.