Sun Feb 09 2025
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
[TERKIN] Gegar Vaganza 11: Liza Aziz juara Gegar Vaganza 11
Liza mendendangkan lagu I Surrender nyanyian asal Celine Dion pada pusingan pertama, sebelum membawa lagu duet Cinta bersama Krisdayanti dan beradu suara dengan tiga peserta wanita lain dalam pusingan battle menerusi lagu Angkat.
Pengunduran Israel: Penduduk Palestin bergerak melalui Netzarim
Ribuan rakyat Palestin telah melalui kawasan itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk pulang ke rumah mereka di utara Gaza.
Sidang kemuncak tergempar Arab pada 27 feb
Mesir akan menganjurkan sidang kemuncak tergempar Arab pada 27 Feb bagi membincangkan perkembangan terkini di wilayah Palestin.
Prabowo seru media supaya punyai integriti
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menekankan kepentingan kewartawanan profesional dengan integriti, menyifatkannya sebagai aset berharga kepada negara.
CPI: Malaysia mampu capai kedudukan lebih baik, tangga ke 25 tak mustahil
Peranan yang dimainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka memberi impak positif, selain daripada pelbagai program serta perancangan anti rasuah yang telah dilaksanakan.
Keputusan keahlian akan dibincang dengan presiden UMNO
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu.
MINDEF di peringkat akhir muktamad tapak Mawilla 4 di Bintulu
Kementerian pertahanan (MINDEF) dalam peringkat akhir muktamadkan pemilihan tapak dengan kerajaan Sarawak bagi pembinaan markas wilayah laut 4 (Mawilla 4) tentera laut diraja malaysia (TLDM) di Bintulu, Sarawak.
Kanak-kanak ikuti sesi persekolahan selepas kes mahkamah selesai
Kanak-kanak yang diselamatkan dari GISB Holdings Sdn Bhd yang masih mempunyai urusan di mahkamah akan mengikuti sesi persekolahan baharu selepas proses di mahkamah selesai.
Usaha perkukuh akidah, iman dilaksanakan segera - Mohd Na’im
Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar usaha memperkukuh akidah dan iman umat Islam di Malaysia dipergiat akan segera dilaksanakan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Konflik Sudan: Wanita, kanak-kanak terus bergelut
Konflik bersenjata yang meletus di Sudan pada pertengahan April 2023 sudah berlarutan hampir dua tahun, mewujudkan bencana kemanusiaan yang buruk.
29 terkorban tanah runtuh di barat daya Sichuan
Sekurang-kurangnya 29 terkorban manakala 10 rumah tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di daerah Junlian wilayah barat daya Sichuan China pada Sabtu.
Lebih 70 ribu sertai acara marathon terbesar Hong Kong
Larian marathon Standard Chartered Hong Kong 2025 merekodkan penyertaan yang amat menggalakkan apabila lebih 70,000 peserta mengikuti acara tahunan itu, meskipun disebalik cuaca sejuk. Tahun ini terdapat lima kategori yang dipertandingkan dengan pelbagai jarak.
Langur perak tarikan terbaharu di Zoo Bronx
Zoo Bronx di New York pada Ahad buat pertama kalinya menampilkan spesies monyet jenis Langur berwarna perak, sekali gus menjadi tarikan terbaharu buat pengunjung yang berkunjung ke zoo ikonik itu. Habitat spesies itu boleh ditemui di hutan hujan Brunei, Indonesia dan Malaysia.
Lapan maut akibat meminum alkohol tulen di Indonesia
Lapan orang maut manakala empat lagi kritikal selepas meminum alkohol tulen dengan kepekatan 96 peratus di Cianjur, Jawa Barat, menurut pihak berkuasa tempatan pada Ahad. Ketua Polis Mande, Asisten Komisioner Dadeng berkata mangsa yang terselamat dari Kampung Kademangan kini menerima rawatan rapi di hospital berhampiran.
Mudahkan urusan miliki dokumen pengenalan diri di pedalaman
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil langkah proaktif turun ke lapangan termasuk pedalaman bagi memastikan urusan pendaftaran dokumen pengenalan diri individu yang berkelayakan dapat dilaksanakan dengan mudah di seluruh negara menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR)